Maaf Yea Saya Tak Perfect

Aku akui yang diri ini tak sempurna. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, aku rasa aku nie biasa-biasa jea. Orang lain lagi hebat dari aku.

Bila aku refresh apa yang pernah berlaku, tindak-tanduk aku masa lalu, memang timbul rasa kesal. Rasa macam aku nie kenapalah dulu buat perangai macam tu, sombonglah, cakap huduh lah, sikap sambil lewa lah, boleh kata list bab-bab negative banyak muka surat sampai takleh nak list semua sekali kat sini. Kenapalah dulu aku tak fikir dulu sebelum buat. Kenapalah aku terus bertindak ikut nafsu diri nih.

TAPI aku takleh dah nak move backward, nak putar balik masa yang telah berlalu, memang mustahil walaupun dalam komik Doraemon nampak macam tak mustahil. Kerana aku takleh nak ubah masa lah, aku kena ubah diri aku sendiri. Kalau dulu suka
masam jea muka nie, sekarang kena banyak senyum. Kalau dulu cakap banyak, borak kosong sampai orang lain tak sempat nak cakap apa-apa, sekarang kena banyak mendengar. Kan positive macam tu. Berubah kearah lebih baik.

Kerana aku tak perfect lah aku tak judge orang by 1st apperance. Memang lah 1st apperance tu penting contohnya macam nak pegi interview, kena lah kemas, takkan nak selekeh pulak. Maksud aku kalau 1st time jumpe sesiapa, selalunya kita akan set mind kita kalau orang macam nie, perangai dia mesti macam nie. Bagi aku kalau aku awal-awal judge orang seolah-olah meletakkan diri aku nie perfect sangat, manakala orang lain banyak kelemahan. Kalau diimbas balik, banyak dah aku jumpe orang yang tak menggambarkan diri dia yang sebenar masa pertemuan pertama kali. Contohnya, aku ada kawan yang kalau orang tak kenal dia, mesti orang akan ingat yang dia nie seorang yang garang dan pemarah. Tapi apa yang sebaliknya, dianya memang peramah, baik dan friendly habis. Begitu jugak dengan kawan aku sorang nie, nampak macam sombong tapi tak sebenarnya. Dia nie spesies yang pendiam tapi kalau dah kenal, banyak pula ceritanya nak dikongsi.

Catitan ringkas yang aku buat nie bukan apa, just satu perkongsian dimana aku harap sangat berguna kepada yang membacanya. Dan aku buat nie bukan untuk mengajar orang lain, jauh sekali nak mengatakan aku bagus, cumanya bila aku buat nie, ianya secara lansung memberi pengajaran kepada diri aku sendiri yang serba lemah nie.

Ulasan

  1. Salam. Ya, manusia tidak sempurna.

    ::Kenapa dah x guna perkataan "Aman"? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf.Lupa nak letak nama penulis penyumbang artikel kat blog ini iaitu sahabat saya sendiri

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?