Fake Facebook Account

Hari nie memandangkan takde apa-apa aktiviti nak dibuat, keluar pun tidak, hanya memerap kat rumah, aman saja jea intai-intai friends kat facebook. Buat research sikit pasal kawan-kawan fb nie sebab takde keja lain nak buat so waste time kat sini. So, nama pun dah research, aman try check in detail biodata dan serba-serbi pasal diorang nie. 
Kenapa aman buat macam nie ? Sebabnya nak kenal dengan lebih rapat diorang semua nie. Maklum lah selain kekawan kita yang kita memang dah kenal di alam realiti, ada jugak yang request untuk jadi friend kita kat facebook nie kita memang tak kenal lansung. Jadi, dengan cara melawat account facebook diorang lah kita dapat kenal sape mereka, apa mereka buat, keja ke belum, kahwin ke belum kalau tak boleh masuk meminang..hehehe.

Aman takde la pegi check semua sekali. Cumanya check yang baru aman accepted sebagai fb friend. Nak kata tak ramai, boleh la tahan. 

Penemuan yang aman dapat adelah, berpandukan kepada maklumat yang ada pada account diorang sendiri yang dah pun aman lawat, aman boleh buat kesimpulan bahawasanya sebilangan dari mereka yang aman terima sebagai kawan facebook adelah FAKE. 

Untuk tahu fake ke tidak, aman berpandukan beberapa langkah yang aman dapati dari internet. Antaranya

1. Tengok profile photo. Kalau tu aje photo yang dia ada pastu pulak entah gambar sape yang dia letak, itu dah kasi hint nak kata yang dia tu fake.

2. Tengok pada status update, wall post dan comment. Kalau dah lama tak respond, alamatnya fake la tu.

3. Check info. Kalau info yang dikasi pun dah macam dunia fantasi macam kata study kat entah mana-mana, stay entah kat mana-mana, tanda dah tu yang dia tu fake.

4. Check tarikh lahir. Selalunya fake account fb nie birth day dia mesti 1/1/xxxx...31/12/xxxx.

5. Try search kat google gambar sapa yang dia letak tu. Kalau ada masa tengah search tu, confirm memang account fb tu fake.

Sebenarnya banyak lagi cara nak identify fake facebook account. Korang boleh try search kat internet.Lepas tu boleh la nak unfriend faker-faker nie semua. Bukan apa, kita tak tahu niat diorang buat fake account tu untuk apa. Kalau tak membahayakan kita takpe, kalau boleh memudaratkan kita macam mana ?? Baik halau jauh-jauh dulu.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan