Saya Sayang Awak


Saya sayang awak....

Kalau ianya dilafazkan oleh yang kita sayangi, mesti berbunga-bunga habis hati kita kan ? Iye lah, lafaz sayang nie bukannya senang nak keluar dari mulut. Kalau boleh nak direkod supaya boleh didengar berulang kali supaya hati nie senantiasa berbunga mekar.

Satu soalan saya nak tanya...Selalunya siapa agaknya yang akan lafazkan seperti kat atas sana ? Sudah tentu pasangan kita, takpun mak ayah kita, takpun adik beradik kita, takpun sape lagi ? 

Tapi pernah tak kita ucapkan lafaz yang sama kepada sahabat kita sendiri ? Mungkin kalau kekawan perempuan tu kalau diucap sesama mereka rasa dah biasa la kot. Macam mana pulak kalau kalau kita yang lelaki nie ucapkan lafaz macam kat atas kat kawan kita ? Takde la cakap saya sayang awak...mestilah cakap mungkin macam nie lah kau tau tak yang aku sayang kat kau....Agaknya apa reaksi sahabat kita. Buang tabiat kot mamat nie...mungkin macam tulah difikiran sahabat kita.

Pesan Nabi 

Apabila seseorang itu menyayangi saudaranya kerana Allah, maka dia mesti memberitahu orang itu

Riwayat Abu Daud

Jadi kalau kepada sahabat yang rapat dengan kita, bagitau dia yang kita sayang dia kerana Allah. Insyaallah hubungan ukhwah antara dia dan kita akan berkekalan dengan izinNya.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?