Hirup Sup Di Medan Ikan Bakar Kuala Besar Di Pantai Cahaya Bulan

Hajat sebenar saya ke Medan Ikan Bakar kat Kuala Besar atau lebih glamer dengan panggilan MIB adelah untuk menikmati sup kepala ikan. Dah orang ramai pakat heboh betapa sedapnya sup kepala ikan, saya pun teringin jugak nak try, nak tahu juga sedap macam mana. 

Lepas tanya situ sini, ade kenalan yang suggest kedai kat MIB. Nak kata sedap ke tak tahu lagi sebab kedai kat sana tu baru jea bukak. Ok, takpe. Kena jugak pegi try. Kalau tak sedap, lain kali tak payah pergi. 

Saya pegi time lunch tapi dah rezeki saya kot sebab time tu pengunjung pun tak ramai mana mungkin sebab MIB nie agak tersorok jauh ke dalam menghala ke pelabuhan LKIM. Suasana kat sini memang best sebab menghadap sungai Kelantan. Angin yang sentiasa bertiup kat situ tak memerlukan sebarang aircond atau kipas dipasang, memang dah nyaman. 

Kedai yang saya pegi tu pun baru jea bukak menurut akak yang saya rasa owner kedai. Kedai tupun memang nampak baru sangat. 

Kerana memang hajat dihati nak makan sup kepala ikan, maka saya bertanyalah akak si owner ade jual ke tak. Akak tu cakap ada, tinggal satu jea lagi. Ok dah tu. Berapa ringgit ? Sebab ini ikan jenahak so mahal sikit. Satu kepala 60 ringgit. Amboi ! Nak terbatuk saya. Saya seluk poket ambik wallet. Belek punya belek, aisymen duit tak cukup nie. Takpe ok. Tanya lagi akak tu ape lagi ada. Akak tu cakap sup daging dan tulang pun ada. Ok cantik. Sup daging pun lawa jugak. Saya order sup daging dengan minuman famous kat sini teh tarik beng madu.


Bila makanan dah sampai, time untuk try dah time untuk komen. Untuk sup daging, bagi saya boleh tahan jugak sebab daging tu empuk, sedap nak makan tapi little bit spicy tapi untuk saya dah ok, kalau orang lain tak tahu lah. Teh tarik beng madu pulak memang satu kelainan. Mungkin tambah madu tu rasa teh tarik nie sedap. 

Ok. Itu ajelah saya nak komen. Time untuk menjamu selera.hehe


Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?