Kota Bharu Ku Kotor

Sekali tengok sedih. 2 kali tengok naik sakit hati. Ape lah nak jadi dengan Kota Bharu nih. Nama jea bandaraya islam tapi kotor. Bukankah kebersihan tu salah satu dalam agama islam ??

Cuba kita perhati, kiri kanan depan dan belakang, mesti ada sampah. Tong sampah memang ada tapi tak tahu lah sikap orang kita nih, selfish, semua nak mudah, buang macam tu jea. Kalau kat pantai, sungai, tali air, dalam longkang, hmm...takyah cakap lah, penuh sampah. Lepas tu pulak kalau kat pasar malam takpun ada event apa-apa ke, cuba try tunduk ke bawah, memang takleh lari dengan kehadiran plastik, bungkusan, bekas minuman dan pelbagai jenis sampah lagi. 

Pernah pegi berkelah kat pantai ? Ni aku nak share sikit. Kenal tak pantai Kandis ? Kalau tak kenal tak apa lah. Dulu-dulu, pantai kandis ni jarang orang tahu, so memang seronok lah berkelas kat sini. Tapi lama-lama orang tahu jugak kan. So kalau belah petang hujung minggu, sini memang ramai orang datang berkelah. Nak berkelah tu tak salah. Cumanya yang tak berapa berkenan tu sampah tu kumpul letak dalam bungkusan plastik, lepas tu pegi buang kat mana-mana tong sampah. Ni tak, kat situ jugak dibuang nye. Pantai kandis yang dulunya cantik macam dah hilang serinya. Bersepah sampah-sarap. 

Ni ada satu lagi ape yang aku perhatikan tak lama dulu. Time tu aku hantar kawan aku naik bas transnasional kat stesen Kota Bharu. Sambil tunggu dia pegi toilet, aku duduk lah kat bangku ada kat situ. Kebetulan kat sebelah aku ada lah seorang gadis manis yang sedang syok minum air tin. Cantik sebab tutup aurat. Tapi yang tak cantiknya, lepas habis minum air, tin yang kosong tu boleh dia sumbat kat celah jeriji besi !! Padahal tong sampah bukannya jauh. Sebelah dia jea.

Kita nih takleh la penting kan diri. Kalau rumah kita taknak kotor, kat lain pun mesti lah taknak kotor jugak kan. Jangan lah cakap kalu aku x buang sampah, nanti oghe bandaran takde bendo nak sapu hahaha. Sape nak tinggal kat tempat kotor kan. Betul tak ? Ada setuju ?


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?