Makan di Rubber Tapper Kuala Terengganu

Nie nak share sikit pasal makan-makan. Tak lama dulu aku ade outstation lah kat Kuala Terengganu. Aku pegi dengan member aku. Tak best pegi sorang-sorang, orang klate kata kesik. Aku pegi sana selama 3 hari dan sebab kitaorang nie kat tempat orang, sudah tentu lah nak merasa local delicacies kan.

Kalau nak cakap pasal makanan kat Terengganu nih sebenarnya takde lah beza mana pun dengan ape yang ada kat Kelantan. Apa yang dijual kat sini, kat Kelantan pun ada jual jugak. Lepas tu pulak aku ni pasal makanan agak cerewet sikit. Aku tak kesah sama ada makanan tu mahal, kedai yang aku makan tu biasa-biasa, tapi yang penting makanan tu sendiri yang kena marvellous.

Ok jom aku terus straight forward pasal Rubber Tapper. Kesian pulak korang bosan duk baca aku melalut pasal kecerewatan aku pasal makanan.

Satu malam tu aku discuss dengan member aku yang sorang nie malam ni nak makan mana. Aku suruh bagi idea. Dia pun tak tahu dah nak makan mana. Aku cakap jom kite try western pulak. Nak try best ke tak western foods kat Kuala Terengganu. Lepas tu member aku bagitau lah yang member dia ada suggest kat dia kalau kat Kuala Terengganu, singgah makan kat Rubber Tappers. Hmm..aku ok jea tapi tempat aku tak tau. Member aku cakap dont worry sebab dia tahu. Lokasi restaurant tu senang saja, berdepan dengan yang pokok-pokok kaler lampu tu yang macam kat I City tu.

Actually, aku dah makan petang tadi, so aku tak nak lah makan yang berat-berat. Alih-alih aku ambik salad dengan sandwich. Member aku pulak ambik ayam.

 Ini rupa salad yang aku ambik. Generous cheese yang ditabur tu menambah rasa pada salad. Satu jea yang aku tak suke iaitu ham ayam yang agak masin.

 Sandwich bagi aku ordinary jea tapi ok lah..it's not bad

 Yang nie paling aku suke. Lupa dah nama apa tapi sedap sebab ayam tu disumbat cheese lepas tu atasnya ditaruk kuah tomato. Makan hidangan ni macam makan pizza..yang nie memang aku puji..sedappp wehh

Wifi kat sini memang best. Aku dan member aku stay dari lepas maghrib sampai malam. Syok main internet sambil menikmati dinner kami.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?