Minum Petang Di Hotel Kat kota Bharu

Minggu lepas aku bertuah sikit sebab kawan aku yang keja seberang tambak tu balik bercuti sempena Christmas dan tahun baru. Disebabkan dia jarang balik, so dia dengan rasa penuh suka hati nya mengajak kami semua makan di sebuah hotel yang baru dibukak kat Kota Bharu nih. Dulu pernah tutup lepas tu bukak balik. 

Lupa nak bagitau yang kawan aku belanja. 

Disebabkan member nak belanja, aku lah orang yang first tiba, excited punya pasal. Tunggu punya tunggu, akhirnya menjelma lah jugak member-member aku. Tak ramai pun. 2 orang jea. Lepas tanya khabar, say hi, lama tak jumpa, korang macam mana, so kitaorang terus kepada agenda favourite aku iaitu MAKAN.

Asalnya nak makan yang ala-ala Korean tu tapi sayangnya tak bukak lagi time kami pegi tu. Jam baru pukul 4 petang. Restaurant bukak pada 6 petang. Tak sanggup kami nak tunggu sampai 2 jam. Perut dah la lapar. Lepas tu ke restaurant satu lagi, takde rezeki bagi kami kat situ. Restaurant yang menghidangkan chinese style punya makanan sama macam yang restaurant ala-ala Korean tu. Pukul 6 petang baru bukak. 

Dah takde pilihan, kami pegi je lah kat cafe hotel tu yang mengadap swimming pool yang memang ramai tengah seronok mandi time tu especially kanak-kanak walaupun time tu aku tengok langit mendung gelap, anytime hujan turun. Mak ayah pun turut tak ketinggalan hepi nya..hahaha..

Kami dibawa oleh pelayan yang passionate melayan pelanggan ke meja kami. Menu tak payah mintak sebab dah ada atas meja. Bincang punya bincang, we decided to make order iaitu

  1. Mi ketam
  2. Mi mamak
  3. Rib eye steak
  4. Nasi ayam hainan
  5. Laksam Kelantan
 Sambil menunggu apa yang kami order siap, kami dihidangkan dengan sebekas keropok. Ok la tu, perut tengah lapar nih, isi lah dengan keropok pun.

Tunggu punya tunggu. Semua apa yang kami pesan sampai terhidang diatas meja. Dan aku ni pulak, kalau makan aku tak sekadar makan, aku macam mana kena analisis makanan tu. Aku malas nak komen satu-satu. Ape yang boleh cakap semua yang kami order tu tak sedap, below our expectation. Little bit disspointed. 

So sape-sape yang keja sana tu kalau terbaca silalah improve rasa makanan kat cafe tu. 


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?