Update Sikit Pasal CSR Central Spine Road (Kota Bharu ke Simpang Pelangai)

Alhamdulillah

Impian oghe kelantan untuk travel secara selesa dan lebih selamat sedikit demi sedikit tercapai dengan berjalannya projek CSR dari Kelantan hingga ke Pahang bersambung dengan Karak. Bukan saja selamat tapi jugak memendekkan masa perjalanan yang sebelum ini mengambil masa 7 hingga 8 jam. Tu time biasa. Kalau time musim cuti sekolah dan musim perayaan, masa perjalanan masa mencecah berbelas jam.

Kat bawah nih adalah fasa CSR belah Kota Bharu ( fasa Pasir Hor ke Kadok)


Kalau tengok pada gambar atas tu memang tengah rancakkan. Piling tu sebab nak buat flyover merentasi jalan kelihatan tu.


Kurangkan laju

Yang di bawah ni pulak ambo ambil dekat Kadok. So kat sini pertemuaan antara fasa pasir hok-kadok dan kadok-ketereh. Bahagian kadok-ketereh tu 24 April baru start. Means kalau berdasarkan pada tarikh gambar tu diambil, baru sehari projek berjalan.



Yang ni pulak adalah di bahagian Gua Musang ke Kg Relong. Tapi ambo tak pasti pulak gambar nih diambil di bahagian pahang ke gua musang. Sumber gambar kat bawah nih dari website primercom. Syarikat yang dapat tender untuk bina.



Yang nih pulak jalan baru menuju ke Cameron Highlands. Jalan nih akan bersambung dengan CSR


Sepertimana yang apa ambo dengar, CSR nih akan lalu ikut jalan asal gua musang tapi akan melencong kat simpang 4 selepas petronas dan balai bomba GM. Kat situ nanti akan dibina elevated road. Lencongan ini akan bertemu dengan jalan di depan bandar utama gua musang. 

So setakat sini dulu apa yang ambo pulak update. Inshaallah kalau ada maklumat terbaru, progress terkini, ambo akan kongsikan di blog ini kelak

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?