Kedai Nasi Ayam Kak Ta Pasir Puteh

Kalau sebut pasal nasik ayam nih, memang mudah nak dapat. Kalau kat Kota Bharu saja berlambak kedai nasik ayam. Kat medan usahawan yang kat stadium tu pun dah ada berapa kedai yang menjual nasik ayam.

Tapi satu saja yang lack, mencari kedai yang menjual nasik ayam yang kena dengan selera ambo payah sekali. Selalunya mesti ambo rasa tak kena dengan rasa ayam takpun nasik yang terlalu lembik atau rasa yang hambar sepertinya kekurangan sesuatu yang ambo pun tak tahu.

Nak dijadikan cerita dan memang pun tuhan dah tetapkan rezeki ambo, last 2 days ambo follow kawan ambo pergi ke Pasir Puteh. Sebab time pegi tu pun dah nak masuk lunch, kawan ambo suggest untuk berhenti makan lunch dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Puteh. 

Kedai makan yang kami singgah adalah Kedai Nasik Ayam Kak Ta. Selain nasik ayam, kat sini jugak ada jual asam laksa. Kawan ambo bagitau dia selalu singgah makan kat sini sebab nasik ayam yang dijual memang sedap. Ambo duk pikir sedap setaro mana sangat lah tu. 

Kawan ambo tak tipu. Nasik ayam sini memang sedap. Sedap sangat sampai ambo ambik yang special. Licin ambo makan sampai abih tulang ayam ambo kekoh. 

Apa yang buat nasik ayam nih nyakut pada ambo kerana sambal cicah tu. Lepas tu ayam tu sendiri yang rangup kulit dia dan rasa ayam tu yang susah lah nak describe tapi memang sedap. 


Lepas abih licin nasik ayam, digandingkan dengan air soya favourite ambo rasa macam ngantuk mata pulak...haha


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?