Rancangan Malaysia Ke 11 Apa Yang Kelantan Dapat

Saya sendiri sebenarnya tak berkesempatan untuk mengikuti perbentangan RMK 11 oleh PM kita last week sebab busy sungguh.

Dek kerana itu saya cuba usha kat mr google kot2 adalah isi kandungan RMK 11 yang boleh saya baca. Hampa betul, takde lansung. Yang ada pun ringkasan. Tak syoklah nak baca ringkasan sebab terlalu ringkas. Kalau dapat full text kan best. Bukan apa pun, saje jea nak tengok apa yang Kelantan dapat dalam RMK 11 nih. 

Yang saya tau, Kelantan dapat highway, rancangan tembatan banjir dan jugak pembesaran lapangan terbang sultan ismail petra. Tu pun sebab baca suratkhabar semalam.


Yang saya tertanya2 kenapa tak ade mention pun pasal projek hospital bachok ? Sebab kan tapak untuk hospital bachok dah lama ada. Penting kot untuk penduduk bachok ada hospital. Nak selalu datang KB untuk mendapatkan rawatan bukannya senang. Tambahan pulak hospital utama kat KB iaitu HRPZ2 dan HUSM selalu sesak dengan pesakit. 

Nextnya pasal jaringan keretapi untuk pantai timur. Dah sedia maklum perkhimatan KTMB untuk sektor pantai timur terjejas teruk kerana kerosakan infrastruktur dek banjir besar luar biasa last year. Saya ingatkan dalam rmk 11 nih akan mentionlah pasal nak repair takpun ganti terus landasan sedia ada. Entahlah mungkin akan diumum dalam bajet 2016 kot.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?