UDA Sky Kota Bharu
Dulu saya pernah kongsi disini tentang area Arked Uda sudah pun dibersihkan tapi no idea nanti akan dibangunkan sebagai apa di situ.
Kali nih saya nak kongsi sedikit maklumat berkenaan UDA Sky Kota Bharu.
Terletak di atas tanah freehold seluas 1.52 ekar, projek ini mengandungi 2 blok yang nanti menampilkan 357 unit service apartment. Harga bermula pada 250 ribu untuk unit studio dan sehingga 1.56 juta untuk penthouse. Juga terdapat 14 retail lots. Sepertimana apartment2 lain, UDA Sky nanti menyediakan kemudahan seperti swimming pool, gym, dewan dan convenience store.
UDA Sky Kota Bharu dijangkan dilancarkan pada tahun depan iaitu 2016 dan dijangka siap pada tahun 2018.
bos ada info apa apa mengenai Queenspark Sportzcity berhadapan Taman Tengku Anis tu tak? Apa dah jadi sekarang and future plan dia? Nampak plan grand and sangat beneficial utk budak budak area KB untuk riadah tapi takde development dah.
BalasPadamsetakat ini tiada lagi
Padam