Updating Projek Terkini di Kota Bharu dan Kelantan Umumnya

Sudah agak lama juga saya tak kemaskini perkembangan projek-projek yang sedang dibangunkan di Kota Bharu dan Kelantan umumnya. Ini kerana sepanjang dua tiga bulan lepas boleh dikatakan tiada apa yang menarik untuk dikemaskini disini. So untuk kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua certain projects yang akan dan tengah dibangunkan di Kelantan.

Pertamanya adalah Bazaar IT KB yang tengah diubahsuai untuk berfungsi sebagai UTC Kota Bharu. Bangunan strategik sebelah KB Mall ini lengang sejak dari awal lagi. Pengubahsuaian fungsi kepada UTC adalah tepat.

sumber: portal rasmi kerajaan negeri kelantan

Ini pula adalah satu cadangan dari syarikat bernama medi-concept untuk perkhimatan kardiology dan pembedahan kardiotorasik zon timur berpusat di Kota Bharu yang akan dikenali sebagai Pusat Jantung Sultan Muhammad V. Tapi saya tak dapat memastikan sejauh mana perkembangan cadangan pusat ini.

medi-concept sdn bhd

Rangkaian Hotel mewah antarabangsa, Movenpick Resort & Hotel akhirnya melebarkan sayapnya di Kelantan. Hotel mewah setinggi 30 tingkat ini bernilai 350 juta ringgit, a certified green building, mempunyai emperor suite seluas 850 kaki persegi mengisi ruang tiga tingkat teratas, ada helipad, serba serbi mahal dijangka siap pada tahun 2018. Lokasi adalah di Telipot


Next year, Kota Bharu menyaksikan pembukaan 2 shopping mall yang memang grand sekali iaitu Aeon Mall (dibuka april 2016) dan Platinum Mall yang berkonsepkan borong.

Platinum Mall

Platinum Mall

Aeon Mall

Begitu jugak naiknya projek kondominium mewah yang berharga ratusan ribu seunit di Kota Bharu, antaranya Troika Golden Triangle, Tijani Raja Dewa dan Kondominum dan Hotel oleh Ken Holding. Begitu jugak Sentosa Puri Tower di Kubang Kerian, Apartment Alwaqf dan Prima Lagenda di Tunjong.


Projek kerajaan turut tidak ketinggalan. Antara projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (sebahagian dari lebuhraya CSR menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Lumpur). Kalau anda tengok dalam gambar yang saya ambil di Tiong, kerja2 flyover sedang dilakukan. Boleh dikatakan projek ini memang bergerak pantas.


Ini pula adalah projek hospital Kuala Krai yang siap kelak akan menjadi hospital rujukan untuk hospital lain di Kelantan Selatan.


Begitu jugak dengan bangunan baru Air Kelantan di Kg Air Puteh tak silap saya. Senyap kelak akan menjadi headquater untuk operasi Air Kelantan


Tak lama lagi tak perlu risau dan resah kalau nak pergi ke Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dan Rantau Panjang kerana jambatan Pasir Mas sedia ada diperbesarkan kepada 4 lorong. Begitu juga jalan Rantau Panjang juga akan dilebarkan kepada 4 lorong untuk memberi keselesaan kepada pengguna.


Berkenaan kediaman untuk yang kurang berkemampuan, kerajaan pusat sedang membina ribuan unit PPR antaranya di Kota Bharu dibawa nama PPR Kota Bharu, PPR Tanah Merah dan PPR Jeli.


Bagi golongan menengah pula, kerajaan melancarkan PR1MA di Pasir Puteh dan projek Aspirasi Tunjong dimana harganya boleh dikatakan berpatutan.


Lapangan terbang Sultan IsmaiL Petra turut dinaiktaraf dengan kos 450 juta ringgit tahun hadapan. Ianya melibatkan pembesaran terminal, pembinaan parking bertingkat, balai bomba baru, pemanjangan landasan serta kerja infrastruktur lain yang terlibat. Diharapkan bila siap kelak, lebih banyak pelancong akan tiba ke Kelantan.

Ulasan

  1. agak-agaknya boleh survive ke platinum mall tu?
    dah la banyak tingkat

    BalasPadam
  2. Macam Kenanga Wholesale Mall di Jln Habg Tuah KL.. tu ker

    BalasPadam
  3. sapo kontraktor tijani raja dewa tu

    BalasPadam
  4. sapo kontraktor tijani raja dewa tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?