Apa Cerita Lebuhraya Rakyat Dan Lebuhraya CSR

Berikut kalau korang tengok kat gambar2 adalah progress highway Kota Bharu ke Kuala Krai kat Kg Perol. 



Untuk makluman bagi orang kelantan yang masih tak tahu tu, lebuhraya kota bharu ke kuala krai ini adalah sebahagian dari jajaran Lebuhraya CSR yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Even Lebuhraya Rakyat pun dah include dalam Lebuhraya CSR. 
Untuk jajaran KB ke Kuala Krai ini, kerajaan lebih memberi tumpuan kerana ianya dikenalpasti sebagai kritikal untuk mengurangkan kesesakan jalan raya yang teruk terutamanya pada musim perayaan. Manakala keseluruhan jajaran lebuhraya CSR 4 lorong akan siap sepenuhnya pada 2020. 
Kerajaan akhirnya akan mengeluarkan letter of intend september ini untuk syarikat2 bagi menyiapkan sepenuhnya pakej LEBUHRAYA CSR dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bernilai RM6.6billion.
Projek nih delay hari tu sebab kerajaan banyak fokus kepada Pan Borneo Highway kat sabah dan sarawak. Hanya baru2 ini sahaja highway CSR nih diberi perhatian balik. Highway CSR sebagai info adalah projek penting berimpak tinggi untuk meningkatkan ekonomi di Pahang dan Kelantan terutamanya.

Pakej2 yang terlibat adalah Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit (51km), Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang (63km), Gua Musang ke Kg Relong, Pahang (107km), Kg Relong ke Raub (56km), Raub ke Bentong (60km) dan Bentong ke Simpang Pelangai (53km).


Sebahagian lebuhraya CSR macam kat area Kota Bharu ke Kuala Krai dah pun tengah dibina, manakala sebahagian lagi sudah pun dibukak kepada lalu lintas seperti jajaran Felda Chegar Perah 2 ke Kg Kechur, Pahang.
=================================================================================
Resume taknak edit ke bagi lebih nampak profesional ? kami offer service edit resume dengan caj rm20 sahaja. Email resume demo nak edit tu ke skybird4life@gmail.com deh. dah email sila whtsapp ke 0167522320 deh. 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?