Progress Lebuhraya CSR : Maklumbalas Dari JKR


Minggu lepas, kami menghantar pertanyaan kepada JKR berkenaan progress terkini highway CSR terutamanya bahagian KB ke Kuala Krai dan jugak jajaran di belah Pahang. Alhamdulillah...sebab JKR cepat dalam memberi respons kepada kami. 

Berikut adalah maklumbalas pertanyaan progress lebuhraya CSR dari saudara Ahmad Basya B Ismail (Penolong Pengurus, Pasukan Projek Pembangunan ECER, Caw. Jalan, JKR Malaysia).

Projek Central Spine Road melibatkan laluan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 70.4 km dan Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Bentong, Pahang sepanjang 390km dengan anggaran kos projek keseluruhannya sebanyak RM8.4 bilion.
Projek Central Spine Road dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang melibatkan pembinaan jalan baru dan menaiktaraf Jalan Persekutuan 8 (FT08) dan Jalan Persekutuan 9 (FT09) dengan kos projek bernilai RM6.9 billion ini telah diluluskan pelaksanaannya secara berperingkat mulai RMKe-10. Projek ini telah dibahagi kepada 6 pakej rekabentuk iaitu;
i) Pakej 1 : Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47 km)
ii) Pakej 2 : Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59 km)
iii) Pakej 3 : Gua Musang, Kelantan ke Kg. Relong, Kuala Lipis,
Pahang (84.3 km)
v) Pakej 5 : Raub ke Bentong, Pahang (54 km)
iv) Pakej 4 : Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (50 km)
vi) Pakej 6 : Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5 km)

Dalam RMKe-10 dan RMKe-11, keutamaan Kerajaan adalah untuk melaksanakan sebahagian Pakej 3 dan Pakej 5 kerana laluan tersebut telah dikenalpasti sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan (blackspots area) dan kesesakan lalulintas.
Projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan (KBKK) pula telah diluluskan secara berfasa mulai RMKe-10 dengan kos projek bernilai RM1.8 billion. Pelaksanaan projek ini telah dibahagi kepada 3 pakej rekabentuk iaitu;
i) Pakej 1 - Wakaf Che Yeh ke Kadok (11.4 km), ii) Pakej 2 - Kadok ke Machang (28.5 km) dan
iii) Pakej 3 - Machang ke Kuala Krai (30.5 km)

STATUS SEMASA
Sehingga kini, bagi laluan Gua Musang ke Kg. Relong (Pakej 3) sepanjang 41.35km jalan baru telah siap dibina dan dibuka kepada lalulintas, iaitu dari Kg. Kubang Rusa ke Kg. Kechur, Kuala Lipis.


Baki jajaran Central Spine Road dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai akan dilaksana secara berperingkat dalam RMKe-11, tertakluk kepada kelulusan peruntukan yang diterima daripada agensi pusat.

Make sure untuk follow Facebook Maafsebut untuk info menarik negeri2 pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang






Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?