Landasan Kereta Api Pantai Timur ECRL Akan Diubah Untuk Rancakkan Sektor Pelancongan

Pastikan Like Facebook Maafsebut Untuk Info Menarik Pantai Timur !! 

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pantai Timur bakal dimulakan Julai ini membabitkan beberapa perubahan laluan di Terengganu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia mengekalkan lapan stesen dengan pindaan lokasi stesen dan penambahan empat jejari jajaran berbanding dua sebelum ini.
Beliau berkata, mengikut cadangan asal, ia membabitkan jarak sepanjang 234 kilometer (km) dari Kampung Raja ke Kemaman tetapi cadangan baru adalah sejauh 227 km dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km.
"Ia membabitkan jarak sejauh 298 km yang mana kita mengekalkan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai.
"Selain itu, kita turut mencadangkan stesen baru iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka.
"Bagaimanapun, Stesen Bukit Besar tidak dapat direalisasikan kerana merentasi banyak kawasan pembangunan selain radius dan sudut laluan terlalu tajam yang tidak sesuai dengan kelajuan kereta api.
"Perubahan dilakukan kerana beberapa faktor seperti lokasi tidak sesuai dan keselamatan yang mana pemilihan lokasi baru berdasarkan konsep pelancongan dan warisan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat Penerima-penerima Dalam Pusat Daerah Mengundi Seberang Takir Pantai, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kerajaan akan membina landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Terengganu seterusnya ke Tumpat, Kelantan membabitkan perbelanjaan keseluruhan RM55 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2032. - Harian Metro

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?