Makan Burger Charcoal Sambil Main Dart Di Cafe Garage 66 Kuala Terengganu

Kalau korang ade di Kuala Terengganu, lepas tu korang teringin nak makan western food yang best dan sedap, kat mana korang rasanya nak cari ? Perlu diingat kat Kuala Terengganu saja ada berpuluh-puluh kedai makan dan cafe menyajikan western food. But the question is, yang mana satu yang sedap ?? Itu yang menjadi persoalannya !!


Kat mana Western Food yang sedap ??

Untuk tahu sedap ke tak korang 1st thing to do adalah kena gi cuba. Agaknyalah korang sanggup tak nak gi cuba semua sekali ? Saya rasa tak sanggup kot sebab kalau nak try semua mesti kena keluarkan bajet sendiri kan. Kalau sedap takpelah. Kalau tak sedap ? Mencarut dalam senyaplah jawapannya.

Untuk menjimatkan masa dan bajet korang (if korang memang ada kat Kuala Terengganu), saya cadangkan untuk cuba Western Foods kat Cafe Garage 66. Cafe Garage 66 nih baru sahaja dibuka kalau tak silap saya baru 2 bulan sahaja beroperasi. Cafe Garage 66 terletak kat Jln Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu. Mudah jea nak jumpa Cafe Garage 66 nih sebab cafe ini terletak betul-betul bertentangan dengan Ming Hotel & Secret Recipe. Memang mudah gilerlah nak cari. Kalau kata sukar nak cari saya akan kata mustahil sebab lokasi Cafe Garage 66 terletak dalam pusat bandar Kuala Terengganu.


1st sampai sini, bila dapat jea menu, memang banyak betul yang sedap-sedap. OK, that is fine. Kita akan cuba one by one. Terlebih dahulu saya order Bubble Tea. Saya order Bubble Tea sebab owner cafe bagitau minuman ini adalah yang paling laris dan selalu menjadi pilihan pelanggan yang datang makan kat sini. Makanan pulak saya order of course lah Charcoal Burger, black hotdog, spageti carbonara, pizza homemade, mee goreng dengan chicken grilled, chicken grilled with garlic dan simple egg sandwishes. By the way order banyak-banyak nih pun bukan sebab saya bernafsu ular sawa yea tapi sebab saya datang sini ramai-ramai. Mana mampu nak habiskan semua kalau makan sorang. Apa yang saya and the geng buat adalah order sebanyak mungkin kemudian kita pakat kongsi setiap order yang kitaorang dapat tu.


Bila semua order dah sampai, kali ni lah paling best sebab sesi cuba mencuba akan bermula. 1st kitaorang try Burger Charcoal. What its taste ? Perghhh...sedap kott sebab salah satu sebab patty homemade diorang nih memang sedap dan besar ditambah pulak dengan sos yang melimpah.


Next mee goreng dengan chicken grilled. Sorry to say sebab yang nih saya makan sorang sebab saya memang peminat mee goreng.


Next chicken grilled with garlics. This type of chicken grilled dimasak dengan garlic ini saya tak pernah jumpa dijual kat mana-mana lagi setakat ini. 1st saya jumpa kat sinilah kat Cafe Garage 66. Next time kalau saya diberi pilihan either mahu mushroom sause atau blackpepper sause atau garlic sause, honestly to say saya akan pilih yang garlic sebab mungkin saya nih memang tekak asian kot, so bila ada garlic tu there is a taste of asian fusion, jadi bila makan rasa tak semuak macam mushroom sause atau blackpepper sause.

Next adalah black hotdog. Yang nih hotdog dia memang panjangggg sangat sampai roti tu nampak kecik jea. This one saya rekomen jangan makan sorang. Kena makan 2 orang baru boleh habiskan.

Next adalah Homemade Pizza. Ianya tak mengecewakan kerana semuanya cukup dengan rotinya yang rangup, sosnya yang the best dan of course lah inti pizza yang melimpah-limpah. Baru best nak makan. Yang paling penting kat atas pizza tu ada bendera Terengganu...Hehehehe....

Lupa pulak saya nak cite pasal Bubble Tea. Lepas saya minum tu baru saya paham kenapa ramai pelanggan order Bubble Tea kat sini. Rupa-rupanya bubble jelly yang ada dalam tea nih sedap dikunyah. Owner Cafe Garage 66 explain yang bubble yang diorang guna tu diimport dari Taiwan dan dia prepare bubble tu setiap hari untuk menjamin bubble tu cukup kenyal dan enak dimakan. Tak pasal-pasal sampai 2 gelas Bubble Tea saya hirup....hahahahaha.....

Lepas tu apa yang unik pasal Cafe Garage 66 ini adalah kat tingkat atas diorang provide Dart Games. Jadinya lepas korang makan dan perut dah kenyang, korang boleh naik ke tingkat atas untuk cuba skill korang dalam permainan Dart pula. Harga diorang caj tak mahal dalam RM3 dan ada lebih dari 20 mode games korang boleh pilih. Murah kan ? Saya try main tapi tak berapa pandailah. Asyik miss jea kat tempat lain...hahahaha.....


So apa tunggu lagi cepat-cepatlah gi try Cafe Garage 66 Kuala Terengganu nih !! Sebelum tu tengok gambar saya potong charcoal burger nih...hehe



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?