10 Sebab Kenapa Brader Ini Sukakan Perkhimatan Bas Thailand




10 Sebab Kenapa Brader Ini Sukakan Perkhimatan Bas Thailand


Pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Jeroong Wia kat profile facebook beliau. Jom kita pakat baca kisah menarik dari beliau ini.

Sudah hampir 3 minggu aku berkelana seorang diri di Thailand bermula dengan perjalanan keretapi dari selatan Thailand iaitu Sungai Golok sehingga ke Bangkok selama 28 jam dan menuju ke utara Thailand secara hitchike (tumpang kenderaan secara rawak)




Selepas 2 minggu berada di jalanan dan di dalam hutan utara Thailand, tiba masanya untuk aku turun kembali ke selatan bagi pulang di Malaysia. Dan kali ini aku ingin mencuba perkhidmatan bus di Thailand. Ianya ternyata jauh berbeza dengan perkhidmatan bus di Malaysia (bukan status provokasi hanya perbandingan.ada pro dan contra). Aku bagi 5 bintang penuh buat perkhidmatan bus Thailand.

Persoalan di sini adalah kenapa 5 bintang ? 10 sebab.

1. MURAH
Perjalanan dari Chiang Mai menuju ke Bangkok adalah selama 14 jam dengan bus dan bayaran adalah sebanyak 488 baht (RM60) dan dari perjalanan bus dari Bangkok ke Samui memakanan masa 13-14 jam perjalanan dengan berharga 510 baht (RM63).


2. SELESA
Pelbagai bus telah aku cuba samada di Europe, Asia tengah, Asia selatan, Jepun, Korea dan sebagainya. Bagi tahap keselesaan bus Thailand aku memberi 4.5/5 bintang. Ketika menaiki bus, penumpang akan diberikan selimut dan sesetengah syarikat bus juga menyediakan 'pillow neck' bagi penumpang. Aku masih ingat pada suatu ketika dahulu syarikat bus Trannasional di Malaysia juga mengamalkan seperti ini dimana dengan memberi kacang dan juga selimut buat penumpang tetapi sekarang tiada lagi bus yang membuat perkhidmatan seperti berikut.


3. PEMILIHAN SERVIS
Setiap perjalanan ada dua jenis servis bus di sediakan iaitu biasa dan juga VIP. Perbezaannya antara bus biasa mempunyai 40 tempat duduk seperti mana bus biasa yang kita lihat kini dan bagi VIP bus mereka menyediakan 28 tempat duduk sahaja dan ini memberi lebih keselesaan buat penumpang yang menggunakan servis VIP. Perbezaan harga tidaklah begitu ketara. Ianya hanya RM20-30 sahaja berbanding dengan bus biasa.


4. UNIFORM LENGKAP
Pemandu dan juga kelindan/pramugara/pramugari diwajibkan memakai unform lengkap seperti pilot dengan baju putih dan tie dan baju diwajibkan masuk ke dalam. Tampak lebih kemas dan professional ketika melakukan kerja.

5. MAKANAN & MINUMAN DISEDIAKAN
Setiap bus akan menghidangkan satu botol minuman, satu/dua paket roti dan juga sepaket jus minuman. Ianya akan diberi buat semua penumpang dan ianya percuma. Bagi perkhidmatan bus malam dan tiba di destinasi pagi, pramugara/pramugari akan menyediakan kopi/tea panas buat penumpang. Best kan ?

6. R'n'R
Ketika perhentian bus, semua penumpang di beri lagi makananan percuma dengan menunjukkan resit tiket. Bagi yang menggunakan servis bus VIP, terdapat ruangan khas VIP dengan meja bulat dan pelbagai makanan boleh dipilih secara percuma dan bagi pemegang tiket bus biasa, bubur nasi, ikan kering, ayam masak merah dan telur rebus dihidangkan. Dan apa yang lebih penting, mereka mempunyai dua ruangan iaitu halal dan juga tidak halal. Seperti mana RnR yang lain, barangan runcit seperti air, snek atau makanan ringan yang lain turut dijual tetapi harga sedikit mahal dari biasa.



7. SIMPANAN BAG DIBERIKAN TAG KHAS
Bag hanya boleh diclaim dengan menunjukkan tag yang diberi bermakna bag anda akan lebih selamat. Jika tiada tag, anda tidak boleh ambil bag tersebut. Di Malaysia, banyak kes kehilangan bag di dalam bus ketika turun. Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengambil bag orang lain dan berlalu begitu sahaja. Tetapi dengan tag khas, kita tidak dibenarkan ambil bag tanpa penyerahan balik tag tersebut.

8. TANDAS DI DALAM BUS
Setiap bus mempunyai tandas dan tandas di dalam bus amat-amat bersih. Ruangan tandas dipisahkan oleh pintu kedap supanya tidak mengganggu penumpang dengan bau yang kurang selesa jika ada sesiapa yang menggunakan tandas. Ruangan antara driver bus dan penumpang juga dipisahkan oleh pintu jadi penumpang akan merasa lebih selesa untuk tidur dan tidak terganggu dengan pemandagan depan.

9. ROADBLOCK
Ketika di dalam perjalanan, banyak roadblock polis dan juga askar terpaksa dihadapi menjadikan pemandu lebih berhati-hati mengelakkan diri dari disaman. Buat penumpang juga akan lebih selamat.

10. DRIVER 1, DRIVER 2 & KELINDAN
Kebanyakan bus, kelindan/pramugara/pramugari tidak memandu bus. Tugas mereka adalah membantu penumpang. Bagi setiap bus, mereka mempunyai 2 driver di mana akan bertukar tugas selepas tiba di perhentian. Driver 1 akan memandu dahulu di mana driver 2 akan rehat di ruangan rehat di dalam bus. Jadi, total service person di dalam bus adalah 3 orang kesemuanya.

Nampak macam menarik pulak travel ke Thailand dengan bas nih yea. Mungkin suatu hari nanti saya sendiri boleh cuba.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?