Mengurus Staff Merungut


1. Seorang staf Elon Musk sering merungut dan meminta kenaikan gaji.

2. Elon Musk mencadangkan beliau bercuti dua minggu agar Elon Musk sendiri buat kerja itu untuk menilai sama ada berbaloi bayar kenaikan gaji tersebut.

3. Apabila staf ini kembali melaporkan diri, Elon Musk berkata khidmat dia tidak diperlukan lagi. Elon Musk boleh buat sendiri kerja itu.

4. Harvey McKay, usahawan percetakan yang juga penulis buku "Swin with the Shark Without Being Eaten Alive" juga ada cara tersendiri menguruskan staf yang selalu merungut.

5. Dia jemput staf masuk ke biliknya dan meminta staf itu duduk di atas kerusi empuk beliau. Selepas itu dia minta staf tersebut selesaikan rungutan dia sendiri.

6. Kata Harvey McKay, biar staf tahu beban yang ada pada orang yang duduk di atas kerusi itu.

7. Kebanyakan staf hanya melihat isu dari sisi dia saja. Mereka jarang melihat sesuatu perkara dari sisi yang pelbagai seperti yang bos lihat.

8. Apabila mereka melihat sesuatu isu dari sisi yang sempit itu, mereka merasakan bos salah, tolol dan bodoh.

9. Sesekali, beri peluang mereka duduk di kerusi bos dan biar mereka buat keputusan.

10. Usah terperanjat jika selepas duduk di atas kerusi itu, mereka buang diri mereka sendiri dari syarikat !!

Artikel ini oleh Norizan Mohd Sharif. Beliau boleh diikuti di facebook

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?