Laluan Kereta Api Terpanjang Di Dunia Bakal Dibina Dari Tokyo Ke Kota London

Desas-desus untuk menghubungkan Kota London dan Tokyo dengan kereta api semakin jelas. Ini berdasarkan 1 laporan yang menyatakan kerajaan Russia mengambil serius rancangan untuk membuka laluan kereta api Tokyo ke London sepanjang 8400 batu via laluan kereta api Trans Siberian sedia ada.

Kalau kita perhatikan peta dibawah, laluan kereta api ini akan bermula dari London seterusnya ke laluan kereta api Trans Siberian melalui Moscow hingga Khabarovsk & bersambung dengan Tokyo melalui jambatan rentas laut sepanjang 28 batu yang bakal dibina kalau projek kereta api terpanjang didunia ini materialise.


Kalau projek laluan kereta api terpanjang di dunia ini menjadi kenyataan, ianya akan memberi option kepada pengeksport dari Asia Timur untuk menghantar kargo ke Europe dengan lebih pantas selain sebelum ini perlu menggunakan laluan laut. Ianya jugak akan membuka peluang kepada satu bentuk pelancongan adventerous kepada mereka yang suka dan berminat menggunakan keretapi jarak jauh untuk melawat banyak negara.

Cumanya sekarang mereka perlu mengatasi obstacle railway gauge yang berbeza-beza bagi setiap negara. Walau bagaimana pun, ianya tidak mustahil kerana sebelum ini China pernah mengeksport kargo melalui kereta api ke Madrid. Apa yang mereka buat adalah menukar kargo ke kereta api lain bila memasuki landasan berbeza gauge.


Like FB Maafsebut & Follow IG Maafsebut untuk update terkini info menarik Kelantan/Terengganu/Pahang

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan