Fakta Menarik Pasal Gaji Di Malaysia. Yang Pasti Gaji Degree Berkali Ganda Lagi Tinggi Dari Yang Tiada Degree

Fakta-fakta berkaitan gaji di Malaysia pada tahun 2016:

1) 50% daripada rakyat mendapat gaji RM1,703 ke bawah. Bermaksud hanya 50% mendapat gaji RM1,703 ke atas

2) Daripada 19 industri yang dibahagikan oleh DOSM. Jelas ketara ada 9 industri yang gajinya jauh lebih banyak daripada 10 industri yang lain

3) 9 industri tersebut adalah pendidikan, oil and gas, IT, hartanah, kewangan, public servant (tidak termasuk education dan kesihatan), utiliti, professional & teknikal dan kesihatan

Jelas di sini 9 industri tersebut adalah industri yang memerlukan tahap pendidikan yang lebih tinggi
4) Pekerja di dalam sektor education (guru, pensyarah) merupakan yang paling kaya dengan gaji median RM4,135 sebulan. Ini mungkin mengejutkan sesetengah pihak yang merasakan masalah dengan sistem education di Malaysia berpunca daripada masalah duit / gaji. Tetapi of course kena bezakan juga antara guru dan pensyarah, guru kerajaan dan guru swasta

Tapi statistik ni mungkin tak mengejutkan langsung kepada mereka di dalam industri tourism, sebab memang golongan pendidik inilah antara yang paling banyak melancong luar negara

5) Gaji median mereka yang mempunyai degree jauh lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai taraf pendidikan SPM. Median gaji pemilik ijazah sebanyak RM4,810 manakala pemegang SPM dan ke bawah hanya RM1,500

6) Malangnya, hanya seramai 14.7% daripada tenaga kerja kita mempunyai ijazah (tak bezakan lagi kualiti result dan jurusan). Manakala seramai 68.4% tenaga kerja hanya mempunyai SPM dan ke bawah

7) Tapi bila cakap gaji median pemegang ijazah sebanyak RM4,810 jangan pula fresh grad pergi mintak kerja terus dengan gaji setinggi tu

Sebab itu median dari umur 15 tahun sehingga 64 tahun

Bagi mereka yang berumur 25-29, median gaji hanyalah RM1,650. Data spesifik tak available to public, tapi dengan menggunakan pekali yang sama dengan nilai keseluruhan, bolehlah assume gaji median pemegang ijazah umur 25-29 dalam lingkungan RM2,970

Sekali lagi, itu median. 50% bawah tu, 50% atas daripada tu. Untuk yang kerja dalam industri kewangan, atau doktor, atau cikgu kerajaan, atau oil and gas, insyaAllah lagi tinggi. Untuk lain2, mungkin lagi rendah

8 ) at the end of the day. Education masih jalan paling praktikal untuk mengeluarkan generasi selepas kita daripada perangkap kemiskinan. Mereka tidak malas, yup. Kerana mereka dipanggil low skilled labour dan bukannya low productivity labour.

9) cuma malangnya, ada yang tidak mampu dari segi kewangan. Sebab itu bagi aku paling penting untuk kerajaan menjadi pihak yang memastikan semua rakyat mampu mendapat peluang tersebut. Dari segi kos pendidikan kepada keperluan asas, untuk memastikan anak-anak golongan susah tidak perlu berkerja membantu kewangan keluarga

10) dan kemiskinan itu tidak mengenal erti warna kulit

Wallahualam

Sumber: Department of Statistics, Malaysia

Artikel menarik oleh Izzudin Yusof

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan