iPhone X Bakal Dihentikan Pengeluaran Pertengahan Tahun Ini
Iphone X iaitu produk smartphone termahal Apple Inc yang dikeluarkan dengan penuh hype ternyata gagal untuk memberikan angka penjualan seperti yang diharapkan. Apple iPhone X yang dikeluarkan sempena ulang tahun kesepeluh dilaporkan bakal dihentikan penghasilan menjelang pertengahan tahun ini.
Menurut sumber dari KGI Securities, kenapa penghasilan IPhone X bakal dihentikan disebabkan Apple Inc mahu memfokuskan kepada pengeluaran IPhone terbaru yang lebih canggih.
Apple iPhone yang mirip dengan rekabentuk iPhone X bakal dikeluarkan pada tahun ini dengan saiz skrin sebesar 5.8-inci dan 6.5-inci. Dikhabarkan jugak Apple iPhone SE juga bakal dikeluarkan dengan model terbaru pada tahun ini.
Kemungkinan pengguna boleh harapkan Apple iPhone generasi terbaru dengan saiz notch yang lebih kecil berbanding sebelum ini.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang membuatkan Apple iPhone X gagal mendapat sambutan? Masalah harga atau spesifikasi yang ditawarkan.

Ulasan
Catat Ulasan