Macam Mana Ambo Mula Berblog Dan Kemudian Mampu Makan Hasil Dari Blog

Pernahlah jugak dulu ada terbaca ramai blogger berhenti full time job mereka untuk fokus kepada blog sahaja. Dan mereka itu sanggup berhenti sebab menurut mereka, income dari blog nih pun dah cecah ribu-ribu ringgit sebulan. Saya nih macam nak percaya dan tak percaya jea mereka nih boleh buat duit dengan blog semata-mata.

Betul kah begitu ?

Setelah sekian lama jawapannya adalah betul. Tak mustahil hanya dengan berblog sahaja anda mampu mendapat income sampai beribu ringgit sebulan !! Tapi kena sentiasa belajarlah. Kena selalu tgk tutor kat youtube ataupun beli buku pasal pengendalian blog yang betul. Saya rekomenkan beli yang berbahasa English sebab kadang-kadang kalau yang berbahasa melayu nih melalot jea lebih sebab dia nak suruh beli buku dia yang lain.

Saya nih kalau dikirakan agak baru dalam dunia blog. Saya tak nafikan blog saya ini dah dimulakan dari tahun 2009 lagi tapi saya aktif berblog hanya pada tahun 2016. Baru sahaja 3 tahun.

Awalnya saya berblog ini untuk suka-suka. Ada masa saya post artikel. Kalau busy saya biarkan begitu sahaja. Yealah bukan senang kot nak post even 1 artikel setiap hari. Kena perah otak nih nak post pasal apa. Kalau idea takde payah nak mengepost nanti.

Actually yang membuatkan saya rajin mengepost kat blog nih disebabkan saya nak blog saya menjadi medium periklanan kepada syarikat-syarikat pengiklanan diluar sana. Jadinya untuk menarik perhatian mereka, viewers kat blog saya perlulah tinggi. Kalau setakat 100 orang jea yg tengok setiap hari taknak mereka nak gunakan blog kita sebagai medium untuk mereka meletakkan iklan.

Untuk menarik ramai pembaca, blog kita kena menarik. Untuk membuatkan blog nih menarik, saya terpaksa setiap hari memikirkan idea apa yang nak diletakkan dalam blog saya nih. Salah satu cara untuk memudahkan saya nak dapatkan idea apa yang perlu saya post adalah saya postkan perkara yang saya minat. Kalau kita post benda yang kita tak minat, lama-kelamaan kita akan malas lagi nak mengepost. Dengan mengepost apa yang kita minat, kita jadi rajin nak berkongsi minat kita dengan orang lain. Nak tahu kenapa ? Sebab kalau kita minat kat sesuatu, let say minat pasal construction, akan ada beribu atau mungkin berjuta diluar sana yang ada minat seperti kita. Mereka inilah nanti yang akan baca blog kita, yang akan berulang ke blog kita.

Setelah merasakan blog saya nih agak-agak dah ramai viewers setiap hari, saya cuba mendaftar dengan Nuffnang. Saya register dengan nuffnang nih sebab ini yang paling mudah. Kalau yang lain-lain agak sukar sikit sebab perlu memenuhi kriteria mereka yang bagi saya pada waktu itu tak mampu lagi saya penuhi. Tapi takpelah, saya start dengan baby step dulu. Slowly tapi ada sentiasa ada progress.

Yang tak bestnya dengan nuffnang nih sebab dia bayar sikit. Seingat saya sampai saat ini, saya baru jea dapat dalam RM150 sahaja. Sikit kan ? Tu dah setahun baru dapat banyak tu.

Lepas tu lah saya ingat nak try Google Ads pulak. Kalau mengikut apa yang saya baca, Google Ads nih bayar lebih menguntungkan sebab dalam US Dollar. So kalau convert ke duit malaysia, dah berapa banyak tu kita akan dapat. So saya cubalah apply dengan Google Ads. Malangnya permohonan saya tak di approve. Yang bestnya dengan Google Ads nih, dia akan bagitau kenapa disapproved & diorang akan rekomen apa yang perlu diubah supaya bila apply next time, Google Ads akan approve. So saya ubah blog saya dengan apa yang diorang rekomenkan. Lepas dah ubah tu, saya apply balik. Korang nak tahu tak berapa kali saya apply dengan Google Ads nih ?? 20 kali kot !! Try apply gagal. Lepas gagal apply pulak. Gagal lagi. Ubah blog lagi. Apply lagi. Gagal pulak. Takpe. Ubah lagi apply lagi.

Selepas nak dekat setahun apply, gagal, ubah tu, atlast bulan lepas, blog saya diterima oleh Google Ads untuk run iklan. Masa dapat email permohonan saya tu approved, saya takleh nak cite sebab terlalu gembira. Mungkin bagi otai-otai berbisa, it is nothing sebab diorang dah pro. Orang yang macam saya yang masih banyak lagi nak belajar nih bila dah berjaya, kegembiraan takleh nak describe. Rasa macam nak hebohkan kat 1 dunia !!

Lepas jea berjaya dengan Google Ads nih saya makin rajin nak mengepost dalam blog. Kena rajinlah baru ramai orang masuk kat blog kita kan. Kalau tak rajin nanti sape pulak nak klik kat iklan2 tu. Jadinya kepada mereka diluar sana tu kalau nak cuba menjadi seorang blogger, cubalah, slowly tapi sentiasa ada progress. Sikit-sikit lama jadi bukit. Betul tak ?


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan