Ramai Betul Sekarang Jadi Jutawan Segera Dengan Bitcoin

Kalau demo belako nak tahu, lama sebelum nilai Bitcoin naik gila-gila sampai mencecah harga RM20000 akhir tahun lepas, penyanyi rap tersohor 50 Cent pernah menawarkan pembelian album beliau yang dikeluarkan pada tahun 2014 menggunakan bitcoin.
Penyanyi 50 Cent tak sangka tindakkan beliau menjual album menggunakan medium wang digital ini menjadikan beliau jutawan kerana time tu takde sapa lagi kenal wang digital macam sekarang.

Berdasarkan laporan daripada TMZ, 50 Cent dikatakan berjaya memperoleh 700 BTC melalui hasil penjualan album yang dibuat. Lebih epik, beliau baru sahaja sedar yang beliau merupakan jutawan bitcoin setelah menyemak jumlah kripto wang yang disimpannya tanpa sedar.

Kini penyanyi 50 Cent itu mempunyai Bitcoin yang bernilai USD 7.75 juta atau RM30.225 juta !! Wow, itu satu nilai yang banyak tu. Untung sungguh beliau sebab menyedari value matawang digital dari awal. Kalau nak beli Bitcoin memang sakitlah sikit sebab nilai Bitcoin sekarang mencecah USD 11000 iaitu satu jumlah yang agak tinggi. Itu dalam USD, cuba convert dalam ringgit malaysia. Lebih dari RM40K kot.

Penyanyi rap ini turut berkongsi kegembiraan beliau di laman Instagram miliknya.

Siapa sangka penyanyi rap ini berjaya menjadi yang terawal menawarkan album menggunakan bitcoin dan hasil daripadanya telah menjadi pelaburan paling berbaloi buat dirinya. Kini 50 Cent mempunyai pilihan untuk terus menyimpan bitcoin miliknya atau menjualnya untuk mendapatkan wang tunai.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan