Wajarkah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Dinaiktaraf Kepada Lapangan Terbang Antarabangsa

Persoalan dan desakan supaya lapangan terbang Sultan Ismail Petra dijadikan international airport dah lama. Sehinggakan wujud group kat facebook semata-mata untuk mengumpul sokongan agar kerajaan persekutuan dapat menaiktaraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra kepada international airport.

Untuk makluman, kerja naiktaraf airport Kota Bharu untuk meningkatkan kapasiti pertama kali adalah pada tahun 2004 - 2005 kalau tak silap saya. Bila siapnya kerja-kerja pembesaran airport pada ketika itu, airport KB mampu menampung sejumlah 1.3 juta penumpang setiap tahun. Selepas itu, airport KB sentiasa dinaiktaraf dari masa ke semasa, contohnya untuk pemanjangan runway, penambahan taxiway & sebagainya.

Kini kerja-kerja pembesaran airport KB sekali lagi dilakukan dimana kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan 500 juta ringgit bagi pembesaran terminal, parking bertingkat, stesen bomba baru, kemudahan kargo udara, penambahan parking pesawat & kerja-kerja naiktaraf runway. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa 3 tahun & bermula pada tahun ini. Bila siap kelak pada tahun 2020, lapangan terbang sultan ismail petra mampu menampung sejumlah 4 juta penumpang setiap tahun.

Buat masa sekarang KB airport adalah overcapacity sebanyak 135 peratus !!

Jadi, balik kepada persoalan awal tadi, adakah patut KB airport dinaiktaraf kepada international airport.

Setahu saya, tanpa status international tupun, KB airport sudah pun mengendalikan penerbangan antarabangsa sebelum ini iatu ke Singapore & Bangkok. Walaubagaimanapun, penerbangan ke singapore telah dimansuhkan mungkin tak menguntungkan kot & laluan ke Bangkok tidak pernah materialise kerana Thailand pada waktu itu tengah bergolak kerana rampasan kuasa.

Untuk menarik minat syarikat penerbangan mewujudkan penerbangan terus dari luar ke Kota Bharu, seharusnya Kelantan perlu menjadi lebih menarik samada untuk pelancongan ataupun untuk perniagaaan. Bila ada tarikan, barulah ramai orang luar nak datang ke Kelantan. Betul tak ?


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan