Sunyi Tanpa Tok Guru Nik Aziz Setelah tiga tahun pemergian murabbi ummah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Medan Ilmu yang sinonim dengan Kuliah Tok Guru pada setiap Jumaat kini boleh katakan semakin hilang seri dan auranya. Walaupun tidak semeriah dulu, Medan Ilmu yang terletak di Jalan Dato’ Pati di tengah bandar Kota Bharu masih menjadi tempat rakyat Kelantan berkongsi ilmu agama menerusi ceramah disampaikan ustaz jemputan dan pimpinan Pas. Menerusi pengamatan penulis juga, biarpun tidak dapat memberikan jumlah yang tepat bilangan mereka yang datang ke dataran ini, namun dalam tempoh 11 tahun ini dapat merasakan perbezaannya terutamanya semasa Allahyarham Nik Aziz masih ada. Boleh dikatakan lautan manusia seawal pagi lagi sudah menunggu kedatangan menteri besar itu datang mencurahkan ilmu, auranya sangat berbeza dengan sekarang. Bukan mahu menolak kehebatan penceramah yang ada tetapi hakikatnya boleh dilihat apabila ruang-ruang kosong nampak begitu jelas. Jika di...