Apa sudah jadi dengan kita ??

Kegagalan pihak berkuasa Malaysia mengesan kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan, Jho Low amat memalukan kerana kapal itu sebenarnya boleh dikesan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai Sistem Pengesanan Automatik (AIS).

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan, pada tahun lalu, ketika berada di Phuket, Thailand, beliau sendiri dapat mengesan lokasi tepat Equanimity menggunakan AIS dan berjaya mendekati kapal tersebut.

Menurutnya, beliau juga berjaya mengambil gambar dan video Equanimity pada jarak dekat termasuk bot kecil di belakang kapal mewah tersebut.
"Kami diberitahu beberapa orang di Marina bahawa Equanimity berlabuh di persisir pantai, dan pemilik kapal hanya turun ke darat pada waktu malam. Malam itu, kami diberitahu pemiliknya sambut Hari Kekasih bersama tetamu.

"Bagaimana kami, yang datang ke Phuket hanya untuk selam, berjaya mengesan kapal itu!," katanya di Facebook miliknya,  semalam.

Kata Rafidah lagi, pihak berkuasa Malaysia yang mempunyai sumber dan kelengkapan cukup serta rangkaian maklumat global memberi alasan gagal mengesan Jho Low dan kapal mewah tersebut amat tidak boleh diterima.

"Kemudian, seseorang memberitahu 'tidak ada bukti' mengatakan pemiliknya orang yang didakwa. Benarkah? Saya mencari di Google dan ini yang keluar, https://www.superyachtfan.com/motor_yacht_equanimity.html," katanya.

Pihak berkuasa Indonesia telah merampas Equanimity atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS Khamis lalu berhubung kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk Jho Low, antara individu utama dalam skandal 1MDB, pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X berkata, media arus perdana di Malaysia seolah-olah berdiam-diri dan tenang.

“Apa telah berlaku terhadap penguatkuasa kita? Adakah kita tidak pernah peduli untuk benar-benar mengesan dan mencari kapal itu?

“Atau ada udang di sebalik batu - skandal yang lebih teruk dan belum diketahui di sebaliknya?” soalnya. - Sinar Harian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?