Honda Akan Melancarkan Kereta Elektrik Gaya Retro Urban EV

Disaat hampir kesemua pengeluar syarikat automotif berlumba-lumba untuk mengeluarkan kereta elektrik, Honda nampaknya turut mengikuti trend yang sama. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah idea Honda untuk menggabungkan teknologi baru ini bersama rekaan retro.

Mengambil inspirasi daripada rekaan Honda Civic generasi pertama, Honda Urban EV turut disertakan dengan lampu LED dibahagian depan dan belakang. Model ini disasarkan buat mereka yang mahu mendapatkan kenderaan dengan penawaran kos yang efisien. Dari segi sasaran penjualan, model ini diharapkan bakal memberi saingan kepada Nissan Leaf.

Mengulas mengenai masa depan Honda, syarikat ini dikatakan turut berminat untuk membawakan konsep yang sama buat kereta sukan dengan teknologi elektrik pada masa akan datang. Adakah kita akan melihat kereta elektrik dengan rekaan Honda NSX ?
Honda Urban EV kemungkinan besar tidak akan ditawarkan di Malaysia pada masa terdekat ini memandangkan kereta ini disasarkan buat pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Model ini bakal mula dijual buat para pengguna seawal 2019 ini. Sejujurnya, kami sangat sukakan dengan konsep yang dibawakan Honda pada kali ini. Sangat cool dan kreatif

Sumber : The Vocket

Like & Follow Facebook Maafsebut untuk info terbaik dari Pantai Timur !!

Follow IG Maafsebut !! 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?