Fairy Tale Wedding : Perkahwinan Putera Bongsu Puteri Diana, Putera Harry & Meghan Markle
Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di sini sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia) semalam.
Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.
Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.
Meghan Markle dilihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.
Pasangan itu - Duke dan Duchess of Sussex kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor.
Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan di seluruh dunia.
600 jemputan istimewa
Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.
Beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.
Antaranya ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.
Selain itu, seramai 2,640 orang awam telah dipilih untuk menyaksikan majlis itu dari luar halaman Istana Windsor.
19 Mei, hari bersejarah
Hari 19 Mei 2018, sememangnya hari yang dinantikan seluruh dunia. Bandar Windsor di Tenggara London menjadi tumpuan media antarabangsa, serta rakyat Britain dan Amerika Syarikat khususnya.
Diangkat sebagai ‘wedding of the year’, ikatan cinta pasangan ini, Putera Harry dan Meghan Markle mencipta sejarah dalam kalangan keluarga diraja British.
Majlis perkahwinan diraja itu pastinya menjadi salah satu acara terbesar pada tahun ini.
Gereja St George menjadi saksi kepada tempatnya pasangan diraja ini mengikat tali percintaan sebelum diarak menaiki kereta kuda tidak berbumbung melalui semua jalan di Windsor.
Kereta kuda ascot landau dipilih untuk perarakan di bandar itu.
Majlis resepsi kemudiannya berlangsung di Istana Windsor, dihadiri tetamu diraja, tetamu kehormat dan kenamaan, ahli keluarga serta rakan selebriti dari dalam dan juga luar negara.
Terdahulu, sehari sebelum hari yang penuh bermakna ini, persiapan akhir dan raptai penuh giat dijalankan bagi memastikan detik yang penuh bersejarah itu berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, pewaris takhta British, Putera Charles bersetuju memimpin Markle sebagai pengapit selepas bapanya terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.
Sumber : astro awani

Ulasan
Catat Ulasan