Hermès Birkin, Daripada Menyenangkan Wanita Sehingga Hanya Untuk Wanita ‘Senang’

Hermes Birkin adalah jenama handbag yang sangat popular di kalangan penggemar fesyen. Ia merupakan satu beg yang ikonik dengan rekaannya, kualiti kulit dan prestij.

Setiap beg itu mengambil masa yang sangat lama untuk dihasilkan kerana kualitinya. Pada 2015, harga pasaran ketika itu, Hermes Birkin dijual dengan harga bermula daripada £5,600 ataupun sekitar RM30,000.

Ia seperti wain (kau tak payah la sembang pasal kaki botol, aku ambil contoh), semakin tua usianya semakin mahal harganya. Ada yang sanggup membayar jutaan dollar untuk membeli sebuah beg ini berdasarkan level rare dan klasik.

Inpirasi Daripada Jane Birkin
Beg ini adalah inspirasi daripada Jane Birkin (yang kini sudah berusia 71 tahun). Aktress berbangsa Inggeris yang menghabis masa kariernya di Perancis. Beliau pernah muncul dalam filem seperti Blowup dan Wonderwall sebelum melebarkan sayap ke Perancis.

Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1969 dalam filem Slogan. Selain daripada dunia seni, Jane Birkin sangat cintakan dunia fesyen yang mewah dan bergaya.

Pada suatu hari, CEO Hermes ketika itu, Jean Louis Dumas bertemu secara kebetulan dengan Jane Birkin pada 1981 di dalam kapal terbang France Air. Kebetulan Jane Birkin menaik taraf tiketnya kepada kelas executive.
Mereka duduk bersebelahan. Ketika cuba meletakkan barang di dalam ruang compartment, barang-barang Jane Birkin jatuh berderai kerana begnya rosak.

Jane meminta maaf dan membebel di hadapan Dumas menyatakan salah satu daripada masalah wanita beliau adalah beg yang boleh harap untuk membawa barang-barang beliau.

Dumas menasihatkan agar Jane meletakkan beberapa barangnya di dalam poket dan dari situ bermula perbincangan yang akan mengubah dunia pembuatan beg tangan.

Jane dan Dumas bertukar-tukar pendapat idea tentang cara untuk membantu wanita travel dengan meletakkan beberapa barang di dalam beg lebih kecil dan akhirnya mereka keluar dengan idea handbag.

Doumas melihat inilah masanya untuk beliau menghasilkan satu beg untuk Jane Birkin. Dengan populariti yang dimiliki Jane Birkin ketika itu mereka menghasilkan produk bernama Hermes Birkin pada 1984.
Rekaan

Rekaan Dumas ini adalah untuk memudahkan Jane Birkin dan para wanita lain dengan rekaan yang lebih praktikal serta menawan. Beg Hermes Birkin ada pelbagai saiz. Bermula dari 25cm, 30cm, 35cm, 40cm, 50cm hingga yang lebih besar.

Setiap beg ini dihasilkan artisan dengan tangan mereka. Setiap artisan menggunakan tools (perkakas) mereka sendiri kerana Hermes Birkin tidak mahu mengganggu hasil kualiti dan kreativiti mereka.
Tools itu akan dikeluarkan daripada tempat kerja mereka apabila mereka berhenti kerja mahupun bersara, dan setiap artisan yang baru akan membawa tools mereka sendiri. Setiap beg dihasilkan dalam purata 48 jam. Selain daripada kerana jenama, ia juga popular dengan kualiti dan rekaannya.

Konsep Birkin adalah mengutamakan saiz, elegan dan sporty sama ada berbetuk beg yang dibawa dengan tangan ataupun yang sling bag ada tali. Ia ada 4 studs base dibawahnya, membuatkan beg ini stabil.
Ramai wanita suka meletakkan beg mereka dengan jatuh sahaja di atas meja. Dengan Birkin ni, beg tu terus berdiri. Ramai tak suka rekaan macam ini, tetapi ramai juga yang selesa kerana barang mereka dalam beg tu kekal stabil. Purse organizer Hermes Birkin antara beg yang sangat digemari ramai wanita.

Kebanyakan rekannya adalah mengutamakan unsur klasik selain daripada mewah. Selain daripada Hermes Birkin, Hermes turut menggunakan nama selebriti lain seperti Grace Kelly dinamakan Hermes Kelly. Asalnya beg itu bernama Sac à Dépêches.
Hanya Untuk Wanita Mewah

Pada hari ini, Hermes Birkin bukan sahaja simbol lambang keanggunan dan kepercayaan wanita kepada beg itu tetapi menjadi simbol kemewahan.

Ramai selebriti kelas A di Hollywood yang menjadi pengguna tegar beg ini. Antaranya Victoria Beckham yang memiliki beg Hermes Birkin bernilai £1.5 juta ataupun RM8.05 juta.
Kim K membeli pernah beg gym Birkin dibuat daripada kulit buaya pada 2012 dengan harga £63,675 ataupun sekitar RM340,000.

Anak perempuan Clint Eastwod, Francesca Eastwood pernah membakar beg Birkin ini sebagai salah satu projek seni dengan teman lelakinya. Dia mendapat ugutan bunuh daripada peminat Birkin yang menganggap ia satu penghinaan.

Ramai juga menuduh beg yang dibakar itu adalah palsu hanya dengan menganalisis warna kepulan asap daripada beg itu. Betapa popular Hermes Birkin sehingga ada peminat fanatik. (Ala macam korang maki Awal Ashaari dulu pakai baju Supreme tu).

Jane Birkin dianggap individu yang memainkan peranan besar dalam menaikkan populariti Hermes termasuk dalam dunia fesyen. Ia telah menukar ‘hidup’ Hermes kerana golongan sasaran mereka telah berubah, daripada wanita biasa kepada yang kaya-raya dan elit.

Pada sudut yang bertentangan, Hermes juga antara yang membantu menaikkan nama Jane Birkin dalam industri fesyen dunia.

Kegemilangan Hermes Dan Birkin

Walaupun dihasilkan pertengahan 80-an, Hermes Birkin megambil masa agak lama untuk popular. Sumber BBC menyebut, populariti Hermes Birkin mulai naik mendadak pada lewat 90-an, ketika di mana ketika itu adalah revolusi dalam dunia fesyen handbag. Di mana wanita semakin mencari beg yang boleh bawak barang mereka yang banyak. Sebelum ini wanita travel lebih simple dan bawak pakaian.

Sekarang ni semakin banyak nak bawa barang seperti perkakas make up dan sebagainya. Jadi mereka perlukan satu beg yang sangat praktikal dan ada susunan yang baik.

Boleh dikatakan masalah yang dihadapi Jane Birkin berpuluh tahun lalu sebagai artis yang banyak travel adalah masalah semua wanita yang ada pada hari ini. Rekaan dan konsep Hermes Birkin telah mendahului zaman.

Bak kata Jane Birkin, kalau boleh dia nak kucing dia pun boleh letak dalam beg itu untuk dibawa berjalan. Itulah wanita. Kau jangan nak kata ini tipu, memang ada orang letak chihuahua dalam beg di Barat sana.

Hari ini lebih kompleks dengan gadget la, selfie stick la, dan pelbagai alatan lain yang portable. Semua nak sumbat dalam beg. Belum lagi laki turut tumpang nak letak dalam beg.
Hanya Untuk Wishlist

Selepas itu, Hermes Birkin bukan dalam kategori order list tetapi dalam kategori wish list. Mereka tidak menerima tempahan lagi, tetapi anda yang harus menunggu apa produk yang mereka akan keluarkan.

Jadi, jika anda berminat dengan beg ini, anda boleh dengan cuba menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja butik. Boleh la diorang inform korang bila ada beg baru dijual. Hermes Birkin adalah edisi terhad produk.

Jadi, ia mulai menjadi barangan auction oleh pemiliknya. Ada yang membeli pada harga yang mahal dan menjual dengan harga lebih mahal. Macam kes korang beli kasut Vans hari tu la, jual harga yahudi ketum.

Misalnya pada 2011, dalam satu lelongan di Dallas, satu beg Hermes Birkin yang dibuat daripada kulit buaya bersalut emas putih 18 carat serta berlian telah dijual dengan harga £129,355 (RM 694,000).

Pada 2015, Wall Street Journal melaporkan nilai lelongan tertinggi beg Hermes Birkin kulit buaya dengan berlian dijual dengan harga sekitar RM881,120 ($221,844) di Hong Kong. Pembeli tersebut membida menggunakan telefon pintar.
Berdasarkan sumber BBC, di antara 2008-2015, hanya 348 beg Hermes Birkin sahaja yang mampu dilelong berbanding dengan 1,074 versi Hermes Kelly. Ada dua sebab utama, satu – lebih eksklusif, dua – mahal.

Style yang paling rare itulah yang paling mahal terutama color pink dan purple. Pasaran second hand pun menjual beg Hermes Birkin dengan harga sekitar £9,000 – £12,500 ataupun dalam kira-kira RM48,289 – RM67,000.
Anda bayangkan, menurut seorang dealer barang antik, Jerome Lallande, pasaran cetak rompak Birkin pun boleh jual seunit beg sehingga £27,774 (RM150,000) untuk sebijik beg yang ditiru dan dihasilkan dalam masa 20 jam daripada masa pelancaran.

Laporan Telegraph pada 2012 menyebut, banyak tangkapan dilakukan oleh Polis Perancis termasuk melibatkan staf Hermes sendiri. Mereka membocorkan beberapa detail produk kepada peniru.

Mereka inilah yang membuatkan pasaran fake/counterfeiters menghasilkan kualiti beg Hermes Birkin tiruan yang sangat baik dan diakui sangat sukar untuk mengenali ianya ori ataupun fake terutama yang dibuat dari Itali dan Perancis.

Maka tak hairanlah Hermes Birkin adalah simbol kemewahan, ketinggian status sosial dan kejayaan seorang wanita. Maksud kejayaan di sini, bila makin berjaya, makin banyak duit la. Semakin hari semakin pelbagai rekaannya termasuk penggunaan besi (metal), emas dan juga berlian.

Pada 2013, Kanye West menghadiahkan Kim Kardashians dengan custom-painted Birkin sentuhan George Condo yang bernilai $40,000, sekitar RM158,000, walaupun ramai menyatakan beg itu hodoh. Tetapi hari ini harga pasaran beg itu sangat tinggi.

Jane Birkin Seorang Serdahana Dan Charitable(Pemurah)

Kita mungkin menggambarkan Jane Birkin seorang yang ada 278 kotak yang berisi beg tangan mewah. Anda silap. Sepanjang hidupnya, Jane Birkin mendapat banyak manfaat daripada kerjasama ini namun beliau hanya ada 5 koleksi khas Hermes Birkin dalam hidupnya yang menggunakan signature nama beliau.

Menurut Vogue, Jane lebih selesa menggunakan beg yang pertama sahaja sehinggalah ia rosak dan kemudian mendapat beg baru. Namun selepas beberapa begnya dilelong untuk kebajikan barulah dia memakai yang kelima, yang dia pakai pada hari pada hari ini. Itu pun sebab Hermes Birkin yang bagi.

Jane tak pernah menyokong isu cetak rompak jenama beg beliau tetapi pada masa yang sama tidak pernah memandang rendah kepada mereka yang menggunakan barangan cetak rompak.
Jane Birkin tak kisah kalau wanita menggunakan yang cetak rompak sekalipun. Bagi Jane terpulang kepada masing masing nak pakai ori ataupun fake. Ikut kemampuan masing-masing.

Isu penggunaan kulit buaya, Jane Birkin pernah memberitahu Hermes agar menukar penggunaan kulit buaya kepada kadbod ataupun plastik supaya lebih ringan. Tetapi ianya tidak digemari kerana ramai wanita sukakan kulit.

Jane Birkin juga orang yang meminta daripada Hermes agar beberapa pecahan daripada hasil jualan Hermes Birkin didermakan kepada badan kebajikan secara berterusan walaupun suatu hari nanti beliau meninggal dunia.

“Saya berpeluang untuk menggunakan wang itu untuk membantu mangsa gempa bumi di Jepun. Kami menggunakan sejumlah wang untuk membantu orang susah di Perancis.”

“Saya pernah menjual beg Hermes Birkin saya pada harga $163,000 sekitar RM 874,553 untuk membantu Palang Merah di Jepun. Dengan itu saya mengurangkan bebanan lugage saya untuk membantu dunia.”

Itulah kisah beg Hermes Birkin daripada satu idea untuk menyenangkan wanita dalam kehidupan harian mereka kepada simbol wanita mewah.

Artikel dari The Vocket 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?