Jual Aiskrim Buatan Sendiri, Jana RM20k Sebulan

Dengan hanya menjual aiskrim resepi sendiri, sepasang suami isteri mampu meraih pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan.


Walaupun pernah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 sebelum ini, Muhammad Khusairi Hassim dan isteri Haziela Hamid yang berasal dari Balik Pulau, tidak pernah berputus asa dan terus bangun untuk berjaya.

Mula berniaga sejak tahun 2015, setahun kemudian barulah mereka berjaya mencipta resipi sendiri setelah 10 kali mencuba.

Jenama aiskrimnya Kuszie Cream, kini sudah mempunyai 20 perisa.


Khusairi dan Haziela memperkenalkan produk mereka melalui tempahan majlis perkahwinan dan acara keramaian serta di Facebook.

Ujar mereka, sebelum ini mereka mengalami kerugian besar kerana tiada pengalaman berniaga dan hanya mahu menjual sahaja. Namun selepas menyertai pelbagai kursus pernigaan, jualan aiskrim mereka laris.

Berniaga di Jalan Pulau Betong, perisa yang paling mendapat sambutan adalah durian, cip coklat pudina, dan vanila bersalut strawberi.

Sumber vitdaily 

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?