Makan Makanan Western Kat Yaakob Western Cafe Kota Bharu Sedap Gilerr




Makan Makanan Western Kat Yaakob Western Cafe Kota Bharu Sedap Gilerr


Kalau bab makanan western kat Kota Bharu nih banyak kedai yang offer. Tapi sedap ke ? Itu yang menjadi persoalan. Tambahan pulak dengan sikap ambo yang cukup cerewet bab makan, nak jumpa kedai makan yang betul-betul jual western food yang sedap agak sukar.

Berbeza dengan 1 tempat ini. Terletak bertentangan dengan pejabata FAMA Kelantan, Yaakob Western Cafe yang hanya awal tahun 2018 dibukak tidak pernah mengecewakan saya. Dimiliki dan dikendalikan oleh Encik Yaakob yang dulunya seorang pekerja bank, beliau menyajikan hanya makanan barat kepada para pelanggannya.




Dengan gaya dalaman kedai yang ala-ala hipster ditambah pulak dengan wifi percuma, sesiapa sahaja boleh tertarik untuk makan kat sini.


Saya nih seorang yang tak suka crowded kalau gi makan kat mana-mana sekalipun. So saya akan pilih masa dimana orang tak berapa ramai kat kedai. Kalau kat Yaakob Western Cafe ini, saya memilih untuk pergi waktu petang sebelum maghrib kerana time ini orang tak ramai. Kalau datang malam alamatnya memang takde kerusilah nak duduk sebab full house.


Jika berkunjung ke sini, saya selalu order favourite saya iaitu beefsteak berkeju. Dagingnya yang dipanggang sehingga masak cair didalam mulut apabila dimakan. Lepas tu cicah pulak dengan keju yang panas-panas, selera sesiapa sahaja akan terangkat !! Ada pulak side dish iaitu cheezy wedges, sape tak suka kan ?? Kalau makan conform comot. Tapi sape kesah kan ? Dah sedap peduli apa orang lain. Yang penting kita enjoy makanan kita.



Bagi mereka yang nak cuba makan kat sini, saya amatlah rekomen untuk anda mencuba home made patty burger kat sini. Burger yang dihidangkan kat sini ada rasa. Tak sama macam burger yang dijual kat tempat lain. Selalunya kalau kat tempat lain, diorang mention jea home made burger tapi lansung tak sedap !! Dah la pahit. Kat Yaakob Western Cafe nih berbeza sebab burgernya memang sedap.

By the way, jangan lupa untuk Follow & Like Page FB Maafsebut untuk info terbaik dan terkini Kelantan Terengganu dan Pahang.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia