Saya mungkin kenal Mira - Syafiq Klye

Demi menghormati Ramadan dan meneruskan hidup, Syafiq Kyle mahu menamatkan kontroversi video tular yang dikaitkan dengan dirinya biarpun isu panas itu dilihat 'tergantung' tanpa penyelesaian.


Syafiq yang memegang watak Ustaz Adam dalam drama popular Nur memberitahu, dia selesa membiarkan apa juga kesimpulan bertebaran selepas kenyataan dibuat.
Tambah Syafiq, kenyataannya mengenai isu video tular adalah muktamad dan terakhir, di mana dia tidak akan mengulas perkara itu lagi.

"Objektif saya mengadakan sidang media ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menghormati Ramadan.

"Saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjang atau memendekkan isu ini. Saya memilih untuk menghentikannya.

"Terpulanglah apa orang lain mahu fikirkan tetapi ini jawapan saya. Tak kisah jika ada yang tidak puas hati dengan jawapan ini atau sebaliknya. Saya bersyukur dan menghargai dugaan ini yang lebih mematangkan saya," katanya di sini, malam tadi.

Syafiq berkata, dia tahu kewujudan video terbabit sejak dua tahun lalu.

"Namun, saya hanya mendapat bayangan tanpa tahu kesahihannya. Apabila saya tahu hal ini sudah tular hingga didagangkan, saya tak pasti dan tak sedar. Ini kerana bukan sepanjang masa saya 'menggodek' (membelek) telefon bimbit," katanya.

Ditanya siapa individu bernama Mira yang dikaitkan dalam rakaman video itu, Syafiq memberitahu, dia mungkin pernah mengenali individu terbabit."Mungkin kami pernah kenal. Tetapi saya tidak mahu memanjangkan perkara ini," katanya.

Ditanya mengenai paparan skrin membabitkan perbualan dengan individu yang dikatakan mengguna akaun Instagram, Syafiq menegaskan dia tidak mengenali individu terbabit.

"Saya fokus kepada isu video dan apabila timbul hal paparan skrin ini, saya membiarkan isu berkenaan dikendalikan pihak pengurusan."Saya tak ambil 'pot' (kisah) isu paparan skrin kerana ia tidak benar dan memang benarlah ia disunting," katanya.

Jelas Syafiq lagi, dia akan mendapatkan khidmat perundangan jika kontroversi itu berpanjangan.

"Pengurusan saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk menyelesaikan hal ini."Proses itu sedang berjalan termasuk mendapat nasihat peguam," katanya.

Dalam reaksi pertamanya susulan kontroversi video lucah itu, petang semalam, Syafiq menegaskan dia memandang serius kes yang mencemar reputasinya itu dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik.Sejak beberapa hari lalu, rakaman video lucah yang memaparkan lelaki mirip Syafiq selain paparan skrin perbualan yang dikatakan antara pelakon itu dan individu lain, viral di laman sosial.

Sumber Berita Harian

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?