Tangguh Bayaran PTPTN, Tiada Lagi Sekatan Imigresen

Berita baik untuk peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), tidak lama lagi anda boleh melancong ke destinasi yang anda impikan tanpa sekatan perjalanan dari pihak imigresen.


Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik semalam menyebut peminjam yang belum memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada sebarang pembayaran. Tambahnya lagi, tindakan ini berkuat kuasa serta-merta untuk memenuhi janji 100 hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya.

Pengecualian pembayaran ini bukanlah pemansuhan sepenuhnya tetapi jika peminjam yang belum mencapai gaji RM 4,000 ingin meneruskan bayaran PTPTN amatlah dialu-alukan sebagai tanda tanggungjawab individu tersebut.

Tunggu apa lagi, anda boleh cari semula plan untuk melancong atau mencari peluang kerja di luar negara yang sudah terkubur beberapa tahun lepas dan rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya. Jangan lupa bayar balik pinjaman PTPTN anda. Selamat melancong !!

Sumber The Vocket

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?