65 Penerbangan KL - KB Sehari, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Airport Domestik Tersibuk Malaysia

Sejumlah 65 penerbangan sehari dari Kuala Lumpur ke Kelantan sejak dua minggu ini bagi membawa pulang anak perantau pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Jika pada hari biasa, selalunya penerbangan KL - KB dalam 45 penerbangan sahaja sehari. Pertambahan mendadak ini kerana permintaan tinggi dari mereka yang mahu pulang beraya di Kelantan.

Sejumlah 5,000 penumpang dicatatkan dalam tempoh dua minggu ini berbanding sekitar 3,500 penumpang sehari yang menggunakan pelbagai penerbangan.

Waktu kemuncak penerbangan di LTSIP ialah dari jam 7 hingga 9 pagi; 12 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 8.30 malam.

Selain destinasi ke KL, LTSIP juga menyediakan penerbangan ke Pulau Pinang, Sabah & Sarawak.

Untuk pengetahuan anda semua, penerbangan domestik di LTSIP, Kota Bharu juga adalah yang tertinggi di Malaysia.

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?