Jumlah Kenderaan Tidak Terkawal Punca Kesesakan Di Kelantan - TMB Kelantan


Jumlah kenderaan yang tidak terkawal menjadi antara faktor kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan kesesakan itu, namun ia belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita tengok di Lebuhraya Utara Selatan pun sesak, Johor ke Kedah, semuanya lebih enam jam. Disebabkan pertambahan kenderaan.

“Usaha kita adalah besarkan jalan, tapi kalau jumlah kenderaan tidak dikawal, maka jangka masa panjang pun kita tidak boleh selesaikan juga masalah ini,” katanya kepada media di sini.


Komen
Saya berpendapat kalau kita terus menerus membina jalan baru atau melebarkan jalan sedia ada, ianya tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan di Kelantan kerana jumlah kenderaan akan terus bertambah dari tahun ke tahun. Saya rasa lebih baik kalau sistem pengangkutan awam diperbaiki dan dipertingkatkan untuk mengatasi masalah kesesakan ini.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?