Tengku Abdullah Menafikan Terima Duit Berjumlah RM1.3 Billion Dari Syarikat China

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa baginda menerima RM1.3 bilion, sebagai  satu suapan atas "naungan baginda" berhubung satu projek.


Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co.Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.

"Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen," titah baginda dalam satu WhatApps, melalui pegawai media baginda kepada Bernama di sini hari ini.

Sepucuk surat yang dikatakan mendakwa award RM1.3 bilion kepada Tengku Abdullah, sebagai satu suapan atas "naungan baginda" menjadi viral dalam media sosial.

Surat yang bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden  CRIIC Global & Pacific Will JW Ding berkata, wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.

Sumber Bernama

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?