Asal Usul Oktoberfest Yang Wajib Anda Tahu


Penganjuran Oktoberfest 2018 secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak, yang dijangka bermula hari ini telah mendapat bantahan dari masyrakat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penganjuran itu yang disifatkan sebagai satu festival yang mendatangkan kesan buruk kepada imej negara.

Namun, apakah sebenarnya festival yang digelar sebgai oktoberfest ini? Untuk mengetahuinya kita perlu menyingkap sejarah asal-usul festival ini. Dan ini sorotan ringkas mengenai sejarah oktoberfest.

Oktoberfest asalnya cuma majlis kenduri kahwin

Ia bermula pada tarikh 12 Oktober dalam tahun 1810, telah berlangsung buat pertama kalinya apa yang digelar Oktoberfest.

Segalanya bermula apabila kerabat diraja Bavaria telah menjemput seluruh penduduk Kota Munich untuk hadir ke pesta rakyat sempena meraikan perkahwinan antara Putera Mahkota Ludwig dengan Puteri Therese.


Negeri Bavaria ini terletak di sebelah tenggara negara Jerman moden. Sejarah Bavaria ini cukup panjang, dah berakar dari zaman emas empayar Rom dan Greek lagi iaitu pada era sebelum Masihi.

Ketika zaman Rom, empayar Rom menggelar wilayah Jerman itu sebagai ‘Germania’ dan Bavaria pula bermaksud ‘Tanah Orang Bohemia’ ataupun ‘Lelaki Bohemia’.

Perkataan Latin Bavaria itu pula membawa maksud orang-orang gasar / pagan yang tinggal di luar Rom ataupun Greek.

Ketika pesta keraian perkahwinan Ludwig dan Therese itu berlansung pelbagai acara seperti lumba kuda yang menjadi tontonan rakyat Bavaria di Munich.

Melihatkan pada kejayaan pesta itu, seorang bangsawan Bavaria mencadangkan agar pesta sebegitu diadakan setiap tahun bagi mengenangkan peristiwa perkahwinan bersejarah antara Putera Mahkota Ludwig dan Puteri Therese.


Setiap tahun, bila mana munculnya Oktoberfest akan didirikan khemah-khemah yang mempunyai pelbagai fungsi. Ada khemah khas untuk keluarga diraja, ada khemah yang mewakili kesemua sembilan kota bandar dalam negeri Bavaria, ada khemah jualan produk pertanian dan pastinya acara utama perlumbaan kuda.

Turut diperaga untuk jualan termasuklah produk seramik, kraftangan dan barangan emas serta perak. Turut dianjurkan adalah pertandingan kostum terbaik yang mewakili kota-kota di seluruh negeri Bavaria.

Setiap tahun akan ada acara baharu diperkenalkan untuk menambahkan kemeriahan pesta. Antarannya termasuklah pesta nyanyian, tarian dan permainan rakyat.

Pesta arak hanya muncul setelah 82 tahun kemudian

Ketika awal penganjuran festival ini, tiada langsung penganjuran menogak minuman keras secara besar-besaran. Oktoberfest ketika itu adalah pesta rakyat, maka adalah tidak sesuai untuk diadakan pesta minuman keras sebegitu.


Walaupun Oktoberfest pernah beberapa kali tidak dianjurkan kerana peperangan seperti Perang Napoleon dari tahun 1813 hingga 1814 dan Perang Austro-Prussia pada tahun 1866, bila mana keadaan mengizinkan, Oktoberfest pastinya akan dianjurkan kembali dengan jayanya.

Tahun demi tahun, jumlah khemah pesta kian bertambah, hingga pada suatu-suatu masa, jumlah khemah peserta yang menyertai Oktoberfest mencecah 400 buah kesemuanya.

Hanya pada tahun 1892, iaitu selepas 82 tahun Oktoberfest dianjurkan buat pertama kali, baharu lah wujud jualan minuman keras yang dihidang di dalam gelas semasa pesta Oktoberfest.


Penghujung abad ke-19, pengajur Oktoberfest mahu lebih ramai hadirin yang datang dan apabila minuman keras mula dijual, ia menjadi faktor kebanjiran orang ramai.

Sejak itu, memasuki abad ke-20, dariapa khemah-khemah jualan produk pertanian, barangan emas perak, seramik, hasil kraf, Oktoberfest telah berubah menjadi pesta menogak minuman keras.

Oktoberfest era Hitler bertukar menjadi medan propaganda

Pada tahun 1910, semasa ucapara ulang tahun ke-100 Oktoberfest, dianggarkan sebanyak 120,000 liter minuman keras telah dihidang pada hadirin pesta tersebut.

Semasa Nazi memerintah, Adolf Hitler menjadikan Oktoberfest sebagai medium propagandanya. Nama Oktoberfest ditukar kepada Großdeutsches Volksfest yang bermaksud ‘Pesta Rakyat Empayar Jerman’.


Ia menjadi alat untuk Hitler dan partinya menanam semangat nasionalis dan ketuanan bangsa Jerman di kalangan rakyat.

Dalam masa yang sama, orang-orang Yahudi, yang sememangnya banyak di Jerman amnya, di Kota Munich khususnya orang yahudi dilarang sama sekali terlibat dalam pesta tersebut berlansung.

Kini, meskipun Oktoberfest itu telah bertukar menjadi festival minuman keras, pihak penganjur di Jerman telah menggariskan beberapa peraturan untuk memastikan Oktoberfest tidak menggugat ketenteraman awam.

Hadirin dilarang merokok di kawasan pesta, bunyi dari pembesar suara untuk halwa telinga juga ditetapkan tidak lebih daripada 85 desibel.

Oktoberfest di Malaysia tidak sesuai


Program pesta arak Oktoberfest 2018 yang dijadualkan berlangsung hari ini di ibu negara tidak sesuai diadakan walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat di negara ini.

Katanya, ini kerana Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang tercatat di dalam perlembagaan negara.

“Sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi, penganjuran pesta seperti itu adalah tidak sesuai walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.

“Terserah kepada orang bukan Islam untuk minum minuman keras dan sebagainya kalau dalam agama mereka tidak dihalang, tetapi penganjuran pesta itu adalah satu (yang) boleh mencemarkan nama baik negara memandangkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber Vitdaily

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?