Rundingan Nasib Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Masih Berjalan

nst.com.my

Tadi saya terbaca dalam The Financial Daily, kerajaan masih tidak membuat keputusan berkenaan status projek keretapi pantai timur ECRL.

Menurut menteri terlibat, kerajaan menerusi MRL masih berbincang dengan kontraktor utama projek iaitu China Communication Construction Co Ltd berkenaan nasib projek ECRL. Sehingga kini sudah 4 kali sesi perbincangan sudah dijalankan sejak Julai yang lepas. Perbincangan adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan kos projek ECRL. Walaubagaimanapun, tiada sebarang persetujuan telah dicapai berkenaan pengurangan kos projek.

Menurut menteri terlibat, kos ECRL adalah RM80.92 billion  untuk dibina & kerajaan sudah pun membayar RM19.68 billion dimana RM9.67 billion dibayar untuk kerja yang sudah siap & RM10.02 billion sebagai pembayaran pendahuluan. Pembayaran pendahuluan itu boleh dituntut balik oleh MRL jika projek ECRL dibatalkan.

Kerajaan mengerti benefit projek ECRL kepada pembangunan pantai timur, namun kerajaan tidak mampu menanggung kos projek yang terlalu tinggi. Buat masa sekarang, kerajaan memberi tumpuan untuk menyiapkan projek Lebuhraya 4 lorong Kota Bharu - Kuala Krai & Lebuhraya CSR (Kuala Krai - KL) dimana projek ini tersenarai sebagai projek berimpak tinggi.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?