Kelantan Mundur ? Ade Aku Kisah


Kalau diperkatakan tentang Kelantan, mesti akan dikaitkan dengan kemiskinan & kemunduran. Benarkah begitu ? Saya tak tahu kerana saya bukan orangnya untuk membincangkan miskin kaya maju mundur ini. Bagi saya ianya terlalu subjektif. Tak percaya ? Try tanya orang kelantan sudah semestinya anda akan mendapat jawapan yang pelbagai ragam.

Saya tak kisah pun kalau ade pihak yang memanggil kelantan sebagai sebuah negeri miskin atau mundur. Saya suka menetap di kelantan bukan sebab maju ke apa. Saya suka menetap di kelantan kerana ini adalah tanah air saya. Disinilah saya dilahirkan dan dibesarkan. Disinilah saya mula mengenal dunia.

Saya dulu pernah jugak mencuba seperti mana rakan-rakan seperjuangan yang lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang baru. Tak dapat dinafikan kalau kat KL macam-macam peluang yang boleh didapati. Berbeza sekali suasananya dengan Kelantan yang serba kurang itu ini. Kalau saya nak mengejar duit banyak, yea memang saya sudah dapat itu di KL. Tapi saya tak kekal lama disana. Hati saya bukan di KL. Walaupun rakan-rakan lain bagitau seronok di KL sebab semuanya ada disana tapi saya pulak sebaliknya. Saya tak rasa seronok. Saya rasa depression. Duit ada tapi tak seronok buat apa kan.

Setelah lama berfikir panjang, saya sudah buat keputusan. Saya nak pulang & menetap di Kelantan. Ramai yang terkejut dengan keputusan saya. Mereka kata saya bodoh sebab sanggup lepaskan gaji besar dan kehidupan selesa dengan sesuatu yang tidak pasti. Saya dah tak endah semua itu. Saya tak kesah apa orang lain fikirkan. Yang penting adalah saya bukannya orang lain.

Maka bermulalah hidup saya di kelantan. Orang tanya saya macam mana saya meneruskan hidup di kelantan ? Macam mana nak bayar hutang bulan-bulan ? Dah lah kat kelantan nak mencari kerja untuk kelayakan seperti saya ada adalah sukar. Kalau ada pun confirm gaji ciput. Ape nak risau semua tu. Rezeki allah itu luas. Tak semestinya kalau tak bekerja dengan orang lain saya takleh cari makan.

Kini sudah pun masuk 2 tahun saya menetap di Kelantan. Hutang kereta, kad kredit ape semua still saya boleh bayar tanpa miss tiap-tiap bulan. Takde pulak selama 2 tahun ini saya terpaksa memintak sedekah.

Cumanya saya sebagai orang kelantan walaupun saya diam dan jarang-jarang bercakap pasal perlunya perubahan di kelantan, yes saya mahu perubahan di kelantan. Maksud saya kat sini bukannya pasal perubahan parti politik dari A ke B. Maksud saya perubahan kearah kelantan yang lebih baik. Sape taknak tengok negeri sendiri maju. Betul tak ?

Ulasan

  1. Balik 2 minggu sekali pon ok jgk.. Sblm tu dpt kn pengalaman di tempat org..

    BalasPadam
  2. Balik hujung bulan untuk makan angin di negeri kelahiran setelah berpenat lelah mencari rezeki di kemaman,terengganu sesuatu yang mengenbirakan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?