Menyedihkan !! Ramai Rakyat Malaysia Yang Berpendapatan RM2000 Tidak Mampu menabung RM1,000 Untuk Kecemasan.


Tidak dapat dinafikan rata-rata rakyat Malaysia kini sedang bergelut untuk terus hidup dek kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang yang melambung naik.

Baru-baru ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan, dua daripada 10 dewasa bekerja di Malaysia tidak mampu untuk menyimpan walaupun satu sen sejak enam bulan lalu.

Laporan itu juga turut memberitahu 20 peratus lagi pekerja di negara ini hanya mampu menabung kurang 5 peratus daripada pendapatan mereka.

Lebih mengejutkan, haampir tiga daripada 10 orang, atau 28 peratus daripada 3,540 responden dalam tinjauan agensi tersebut, terpaksa berhutang untuk membeli keperluan asas.

Kajian tersebut Financial Behaviour and State of Financial Wellbeing of Malaysian Working Adults yang dilakukan pada Mei hingga Ogos 2018 itu melibatkan mereka yang berusia 20 hingga 60 tahun.

Menurut laporan lagi, lebih separuh daripada mereka, atau 53 peratus, yang berpendapatan bawah RM2,000 dan tidak mampu menabung RM1,000 untuk kecemasan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?