Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Walaupun Cacat Namun Dengan Berkat Usaha Mampu Mendapat RM800 Seminggu

Imej
Walaupun Cacat Namun Dengan Berkat Usaha Mampu Mendapat RM800 Seminggu Jika dahulu hanya restoran makanan segera sahaja yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, sekarang semakin banyak pengusaha makanan menawarkan perkhidmatan yang sama dan kebaikannya semakin banyak tawaran pekerjaan buat anak-anak muda diluar sana. Kerja sebagai penghantar makanan bukan mudah kerana mereka perlu berhujan dan berpanas tetapi ianya tidak menjadi penghalang buat seorang anak muda ini yang merupakan insan istimewa untuk mencari rezeki yang halal daripada meminta sedekah seperti orang lain. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kagum dan bangga dengan seorang penghantar makanan istimewa ini yang mampu menjana pendapatan sehingga RM800 seminggu dan tiada alasan untuk tidak bekerja walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna seperti orang lain. Lelaki istimewa bernama Shahran itu memberitahu dia sudah biasa menunggang motosikal dan bekerja sebagai pengh...

Selepas Insiden Driver Bas Dipukul, R&R Perasing Kini Dipenuhi Pengunjung

Imej
Selepas Insiden Driver Bas Dipukul, R&R Perasing Kini Dipenuhi Pengunjung Hentian rehat & rawat R&R Perasing di Lebuhraya Pantai Timur LPT2 kini tidak lagi kesunyian kerana peningkatan mendadak pengunjung selepas insiden pemandu bas dipukul di R&R Gambang. Kerana peningkatan mendadak pengunjung, ada gerai disitu mulai membuka waktu perniagaan sehingga 24 jam. Sebelum ini mereka bagitau dalam pukul 10 ke 11 malam dah tutup. Peniaga disitu bagitau kalau dulu nak dapat RM100 ke RM200 sehari pun payah. Kini sehari boleh dapat dalam RM500 ke RM600 sehari.

Betul Ke Ramalan Ribut Siklon Tropika Akan Melanda Kelantan ?

Imej
Betul Ke Ramalan Ribut Siklon Tropika Akan Melanda Kelantan ? Recently tular berita kononnya negeri Kelantan akan ditimpa Ribut Siklon Tropika disocial media Facebook. Yang menjadi persoalannya, adakah apa yang ditularkan itu betul ?? Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, berita penularan itu bukan dari pihaknya sebaliknya berdasarkan jangkaan satu model Ramalan Cuaca Numerical NWP. Pihak MMD menasihatkan orang ramai supaya peka dengan amaran dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta dapat menghadkan aktiviti pantai. Untuk mengetahui info yang tepat mengenai cuaca di Malaysia, rakyat Malaysia digalakan untuk melayari website MMD iaitu  http://www.met.gov.my/  atau melalui aplikasi mobile myCuaca. Kepada pengendali social media pulak, saya nasihatkan janganlah semata-mata nak dapatkan like & share, sanggup menularkan info yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

MB Terengganu Mahu Ditunjukkan Bukti Jika Benar Duit Royalti Minyak Digunakan Untuk Parti Pas

Imej
MB Terengganu Mahu Ditunjukkan Bukti Jika Benar Duit Royalti Minyak Digunakan Untuk Parti Pas Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta pihak berkaitan mengemukakan bukti jika benar wujudnya ketidakadilan dalam agihan wang royalti. Katanya, jika benar berlaku sikap tidak telus dengan mengagihkan wang itu kepada parti dan bukannya kepada pentadbiran kerajaan, pihak terbabit diminta membawa bukti yang sahih. "Kerajaan telus berkaitan perkara ini kerana setiap sen duit yang dikeluarkan akan diaudit bagi mengelak penyelewengan. Jadi jelas, perkara yang dituduh adalah tidak benar," katanya. Pada sidang Dun ke-14 lalu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri menerima bayaran royalti minyak dan gas sebanyak RM300 juta yang dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Ogos dan awal Oktober lalu. Katanya, kerajaan Terengganu berharap menerima baki bayaran wang royalti berjumlah antara RM400 juta hingga RM500 juta daripada Petronas sebelum akhir tahun ini. B...

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia

Imej
Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia Member-member saya yang bukan berasal dari pantai timur kalau ada peluang berjumpa suka sangat tanya soalan ini Ape korang makan yea sebab aku tengah orang dari tempat kau mesti lawa-kawa Payah saya nak menjawab soalan itu. Takdenya kita kat sebelah pantai timur ini ada makan jamu istimewa atau ubat ajaib yang menyebabkan rupa paras bak modelling terkenal. Mungkin sebab budu kot. Orang kita kan suka makan budu. Teori saya mungkin disebabkan kacukan kot tambahan pulak disebelah Kelantan & Terengganu. Kan dahulu kala 2 negeri ini tempat perdagangan antarabangsa. So para pedagang datang dari luar negara. Mungkin ada pedagang yang mengambil keputusan tak balik ke tempat diorang dan menetap disini lalu berkahwin dengan warga tempatan. So kerana darah campuran itulah zuriat yang dilahirkan lawa-lawa dan handsome sehinggalah sekarang. Tu teori jea lah. Saya nak ex...

Progress Terkini Pembinaan Lebuhraya CSR Dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur

Imej
Progress Terkini Pembinaan Lebuhraya CSR Dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur Alhamdulillah. Apa yang saya baca kat website UPKN Kelantan cukup mengembirakan saya dan mungkin jugak kesemua warga pantai timur. Projek Lebuhraya CSR kini sudah pun memasuki kawasan Gua Musang Di Kelantan dimana pembinaan lebuhraya bermula dari sempadan Kelantan sehingga bulatan ke kawasan industri dan Bandar Baru Gua Musang. Kini kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan kontraktor. Untuk makluman korang semua, Projek dari Benta ke Kampung Seberang Jelai Merapoh dimulakan pada 2008 sepanjang 55.35 km, kini siap sepenuhnya. Manakala di sebelah dalam Kelantan pulak, jajaran Pasir Hor sepanjang 10 km sudah pun dibuka kepada lalulintas. Fasa seterusnya di Kota Bharu sedang giat dijalankan. Yang merisaukan saya adalah di jajaran Machang dimana kat situ kerajaan negeri kelantan mengambil tanggungjawab membinanya sepanjang 10 km. Namun perkembangan jajaran ini tidak pul...

Nak Try Burger Budu ? Jom Ke Kelantan !!

Imej
Burger Budu Di Kelantan Budu lazimnya dinikmati bersama ulam dan nasi bagi penduduk Kelantan serta Pantai Timur, namun kini ia dipelbagaikan apabila dijadikan sos untuk dimakan bersama burger. Burger budu kedengaran agak pelik, namun makanan itu dianggap unik apabila budu dijadikan sebagai sos dan turut digaul bersama daging. Pemilik Bold Lab Cafe, Gan Ju Qi, 33, berkata menu burger budu dicipta sendiri sejak dua tahun lalu kerana mahu makanan tradisi itu dipelbagaikan. Katanya, burger budu mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan kerana rasanya yang sedikit masin yang dimakan bersama ulam raja. “Burger budu ini dijual dengan harga RM20 sebiji dan setakat ini semua pelanggan yang menikmati makanan ini berpuas hati dengan menu berkenaan. “Orang luar mungkin pelik dengan menu ini, tapi bagi penggemar budu mereka menyukai makanan ini. “Saya mahu menu ini dapat diperluaskan dan dikenali pelanggan bukan sahaja dari Kelantan, malah pengunjung luar,” katanya keti...

Wanita Kelantan Bukan Sahaja Cantik Malah Suka Berdikari.

Imej
Wanita Kelantan Bukan Sahaja Cantik Malah Suka Berdikari. Kalau korang semua pernah berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, Bazaar Buluh Kubu, RTC Tunjong atau mana-mana pasar atau kedai di Kelantan, korang akan dapati mostly peniaganya adalah wanita. Kenapakah begitu ? Lelaki Kelantan malas sangat ke sampai wanita Kelantan perlu berdikari mencari rezeki ? Lelaki Kelantan tidak malas. It is totally wrong !! Cumanya orang lelaki di Kelantan ini diorang prefer bergerak dibelakang tabir. Yang menjadi muka depan sokmo dan selalunya adalah wanita. Wanitalah yang akan berjual beli, melayan pelanggan & membuat keputusan untuk memastikan perniagaan terus meningkat maju. Mungkin skill bisnes wanita kelantan power kot sebab tu lelaki kelantan tolong untuk menguruskan bisnes dibelakang sahaja. Lepas tu pulak wanita kelantan ini dahulu kala pernah jadi raja kot kat Kelantan. Sape tak kenal dengan Che Siti Wan Kembang. Seorang raja perempuan yang memerintah Kelantan da...

Kebenaran Mengenai Larangan Gabungkan Makanan Laut Dan Darat

Imej
Kebenaran Mengenai Larangan Gabungkan Makanan Laut Dan Darat Ada satu hari tu emak ada tanya. Boleh ke makan ayam ikan sama-sama. Adakah ianya baik untuk diet. Sebab emak ada dengar katanya tidak boleh campur makanan ini sekaligus. Ikan jangan makan dengan daging. Telur tak boleh dengan ikan bilis. Ayam jangan campur dengan ikan. Dan seumpamanya. Pernahkah kalian dengar larangan agar tidak mencampurkan antara makanan laut dan darat? Dan kemudian ada juga sebahagian yang menisbahkan kepada baginda Nabi SAW. Baik sebelum ke arah hukum agama, saya suka untuk kita merujuk pada konteks kesihatan dahulu. Apakah ia benar-benar membawa implikasi atau tidak. Secara umumnya menggabungkan makanan ini tidaklah menganggu diet, menyebabkan kegemukan sekiranya kuantitinya masih terkawal dan olah kualiti pemakanan masih baik. Meskipun begitu, ada sebahagian individu yang mungkin telah dicadangkan oleh doktor atau dietitian mereka untuk berbuat demikian maka mereka hendaklah ...

Kalau Di Pantai Timur Lelaki Terengganu Paling Hensem

Imej
Kalau di pantai timur, lelaki terengganulah paling hensem Itu bukan saya yang cakap yea tapi member perempuan saya yang cakap time bawak dia ronda-ronda ke negeri Terengganu Darul Iman time dia bercuti. photo Neocha Dah banyak kali dia meminta saya jadi pemandu pelancong untuk perkenalkan Terengganu kepada dia. Tapi nak buat macam kalau masing-masing busy. At last dapat jugak saya bawak beliau kenal negeri terengganu yang indah ini. Bukan main seronok lagi dia bila dah berada di Terengganu. Maklumlah 1st time datang Terengganu. Kebanyakan masanya pun bukan kat Malaysia tapi kat luar negara. Dah menjadi impian dia nak kenal seluruh negeri. Kata dia Malaysia lagi cantik. Tipulah kalau sebelah luar lagi cantik. Dialah yang bagitau macam tu, bukan saya yea. Dia hanya cuti 2 hari saja. So dalam 2 hari tu agak rushing jugaklah nak bawak dia kesitu ke sini. Saya bawak dia Chinatown ditengah bandaraya Kuala Terengganu. Lepas tu gi try ikan bakar kat...

Bukan Perkara Baru Cina Kelantan Hidup Macam Orang Melayu

Imej
Di negeri Kelantan, masyarakat bukan Melayu di sini tidak kekok dengan adat dan budaya Melayu malah mereka sudah sebati dengan cara hidup tersebut sejak zaman-berzaman. Misalnya bagi sepasang warga emas berketurnan Cina yang hidup sebagai orang Melayu malah turut dikenali dengan nama Melayu. Tan Ban Sing, 94 dan isteri, Kua Gok Ti, 89 dari kampung Pangkal Kiat petah menggunakan dialek Kelantan untuk berkomunikasi sesama mereka dalam kehidupan seharian mereka. Menjadi kumpulan yang digelar ‘Cina kampung’, jumlah mereka dikatakan agak signifikan dan mengamalkan cara hidup Melayu sejak zaman kanak-kanak lagi. Menariknya, Ban Sing juga dipanggil dengan nama ‘Pak Hassan’ oleh penduduk setempat kerana pasangan ini mengamalkan budaya Melayu bukan sahaja dari aspek pertuturan tetapi cara berpakaiaan hingga soal makan minum termasuk makan ulam, nasi berlauk ikan kering dan budu. Memetik laporan Harian Metro, mereka sebati dengan gaya hidup berkenaan kerana...

Cantiknya Neelofa Berniqab Time Kat Tanah Suci

Imej
Ketika berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat umrah bersama keluarga, Neelofa sempat memuatnaik beberapa foto beliau di sana. Antara yang menarik perhatian ramai ialah foto beliau mengenakan niqab, tidak dinafikan Neelofa kelihatan cukup cantik sehingga ada yang memuji beliau ibarat bidadari. Mostly orang ramai meninggalkan komen yang cukup positif dan berharap agar Neelofa dapat mengekalkan imej tersebut selepas pulang ke Malaysia nanti. Anak Kelantan Neelofa ini memang cantik pakai macam mana pun, kata orang ‘natural beauty’. Apa-apa pun, harapnya segala urusan ibadah beliau dan keluarga dipermudahkan serta berjalan lancar.

Brader Terengganu Ini Rela Berhenti Kerja Untuk Jual Burger

Imej
Sebut saja ‘Burger Wan’, ramai akan terbayang akan keenakan rasanya yang unik, berbeza dengan kebanyakan burger yang berada di pasaran. Jika burger biasa dimakan bersama salad, timun, tomato, sos dan mayonis, burger yang diusahakan Mohd Awang Abdullah, 55, itu dicampur dengan lapisan sengkuang, lobak merah serta daun sup. “Itulah yang memberikan kelainan akan rasa ‘Burger Wan’. Sayuran ini dihiris agak tebal bagi memberi kerangupan pada setiap gigitan burger, manakala daun sup memberikan rasa segar apabila pelanggan memakannya, sos lada hitam digunakan sekiranya pelanggan mahukan rasa burger lebih pedas. “Jadi, tidak hairanlah burger ini menjadi pilihan penduduk sekitar Kuala Terengganu, pelancong dan orang kenamaan (VIP), antaranya kerabat diraja Terengganu iaitu Almarhumah Tengku Datuk Farah Quraishiyah Sultan Mahmud. “Resepinya yang unik dan lambat basi itu, turut dijadikan ‘ole-ole’ oleh warga asing terutama Vietnam, Indonesia, Thailand serta Brunei, yang ...

Terengganu Hasilkan Diesel Dari Bahan Buangan Plastik

Imej
Kerajaan negeri akan menilai penghasilan minyak Diesel secara komersial dengan menggunakan sisa buangan daripada bahan plastik. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antara kelebihan dengan wujudnya teknologi ini, ia akan dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar daripada 100 peratus menjadi 10 peratus di kawasan operasi. “Kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk penyelenggaraan dan pelupusan sampah juga  dapat dikurangkan secara tidak langsung jika adanya inovasi seperti ini dengan kaedah yang mudah dan selamat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri lawatan Tapak Projek "Plastic to Fuel" di kilang Syngas, Gong Badak, hari ini. Dr. Alias menyifatkan inovasi tersebut mempunyai prospek cerah di pasaran memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengguna kenderaan di samping dapat menghasilkan biomas ataupun tenaga yang boleh diperbaharui....

Harga Minyak Berubah Setiap Minggu Bukan Lagi Bulanan Bermula Tahun Depan Untuk Menguntungkan Rakyat

Imej
Baru je semalam Rafizi Ramli buat cadangan, petang tadi Astro Awani melaporkan kerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, ia susulan daripada penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini. Guan Eng berkata, penetapan tersebut adalah bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia. Ini secara tidak langsung bakal menyaksikan harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak dunia berterusan, maka harga minyak runcitnya akan turun setiap minggu. Mekanisme penetapan minyak apungan mingguan telah digunakan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dan ia menetapkan harga minyak runcit berdasarkan harga minyak mentah di peringkat global. Di bawah mekanisme itu, sekiranya harga minyak mentah glo...

Kemah Anak Besut !! Pok Chek Kayu Kelat Menang Kejohanan Muay Thai Uni Super Championship (USC) di Vietnam

Imej
Anak jati kelahiran Besut, Terengganu mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menumbangkan juara bertahan sukan lasak Muay Thai dari Vietnam pada Kejohanan Muay Thai Uni Super Championship (USC) di Vietnam, semalam. Muhammad Azizi Shamsuddina, 19, atau lebih dikenali dengan gelaran Pok Chek Kayu Kelat itu menewaskan jaguh Muay Thai tuan rumah, Wein Choi dengan kiraan mata bagi kategori 51 kilogram (kg). Pok Chek berkata, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang pada kejohanan USC itu kerana sedia maklum dengan kehebatan dan pengalaman atlet terbaik dari seluruh negara bertanding. “Saya dijadualkan bertemu jaguh Muay Thai tuan rumah kategori 51kg pada kejohanan itu, justeru ia bukan sesuatu yang mudah untuk memenanginya. “Bagaimanapun, bersandarkan kepada semangat dan amanah dipertanggungjawabkan sebagai mewakili Kelab Muay Thai Kayu Kelat Along Project Terengganu dan negara, saya berjuang habis-habisan,” katanya kepada NSTP di Kuala Terengganu, har...

Tak Lama Lagi Boleh Buat Pembayaran Menggunakan Aplikasi Whatsapp

Imej
Platform media sosial paling popular dunia, Facebook nampaknya tidak mahu melepaskan peluang dalam menawarkan kriptowang tersendiri yang kini sedang dalam pembangunan. Berbeza dengan kriptowang yang ditawarkan pembangun lain, kriptowang yang sedang dibangunkan Facebook ini dibangunkan untuk mengelakkan daripada inflasi serta perubahan nilai matawang Amerika Syarikat. Selain itu, para pengguna berpeluang menggunakan kriptowang ini untuk memindahkan wang secara terus di WhatsApp. Penawaran kriptowang ini juga dilihat sebagai salah satu altenatif Facebook dalam menguasai teknologi blockchain buat para pengguna. Melihat kepada jumlah pengguna Facebook sebanyak 2.5 bilion seluruh dunia dengan pendapatan tahunan setinggi $40 bilion penawaran kriptowang ini mungkin bakal disambut ramai. Sumber the vocket

Bila Kelantan Akan Dapat Royalti Minyak ?

Imej
Saya garu kepala membaca berita kelmarin pasal duit royalti minyak kelantan ini. TMB Kelantan bagitau saman berkenaan royalti minyak sudah 2 bulan ditarik. Manakala dipihak kerajaan pusat pulak, melalui Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi bagitau masih belum menerima apa-apa notis berkenaan pembatalan saman itu. Pada pendapat sayalah perlu ada komunikasi antara kedua belah pihak. Rakyat kelantan ini nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Royalti minyak ini confirm dapat ke atau macam mana ?

Peniaga Zon Bebas Cukai Di Kelantan Mengeluh Kerana Kekurangan Pengunjung

Imej
Para peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang, Kelantan mengadu rata-rata perniagaan semakin lumpuh kerana bilangan pengunjung yang semakin menurun. Mereka yang dihubungi FMT berkata suasana di Bazar Fatimah tidak lagi meriah, kerana pengunjung nampaknya lebih gemar berpusu ke Thailand walaupun nilai Baht tidak semurah dulu. Seorang pengusaha pakaian sukan, yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, tempahan jersi yang diterimanya tidak serancak dulu. “Kalau dulu, orang dari Johor datang tempah jersi untuk budak-budak sekolah. Sekarang nak tengok orang Kelantan pun payah,” katanya. Beliau memberitahu ramai orang lebih gemar ke Thailand daripada mengunjungi zon bebas cukai Rantau Panjang, walaupun bukan untuk membeli-belah. “Nak buat macam mana, suasana di Hat Yai lebih meriah kerana terdapat pelbagai tarikan pelancong, tidak seperti keadaan di sini,” keluhnya. “Ramai tak datang sini dah. Nak nampak orang lalu depan tempat kita meniaga pun susah. Tarika...

Alhamdulillah. BSN Bantu Selesaikan Baki Hutang Kereta Adib

Imej
Bank Simpanan Nasional (BSN) kelmarin telah mengumumkan bahawa ia akan membantu menyelesaikan baki pinjaman kenderaan yang diambil oleh Muhammad Adib Mohd Kassim, ahli bomba yang meninggal dunia akibat kecederaan beliau. BSN berkata ia akan dimasukan di bawah aktiviti CSR syarikat itu dan ia mahu membantu keluarga arwah. Menurut kenyataan BSN, Allahyarham baharu sahaja membeli sebuah kereta dari BSN dan kenderaan itu disimpan di kampung untuk digunakan selepas perkahwinan beliau kelak. Muhammad Adib, 24 ialah ahli Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan di Stesen Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 pm Isnin lalu (17 Dis) selepas dipercayai diserang ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, 27 Nov lalu. Muhammad Adib membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu sebagai persiapan untuk kehidupan arwah selepas perkahwinannya dengan Nurul Najihah Mohd Radzi yang sepatutnya berlangsung semalam...

Akhirnya Kuala Terengganu Akan Ada Mall Selepas Sekian Lama Menunggu

Imej
Terengganu ada supermarket & hypermarket, even mall pun ada di Terengganu. Tapi mall di Terengganu bukan terletak di Kuala Terengganu, ibu negerinya, tetapi di Kemaman yang merupakan pusat industri minyak & gas di Terengganu. Dulu-dulu dah ada nak bukak mall di Kuala Terengganu iaitu Paya Bunga Plaza. Entah tak tahu masalah apa, Paya Bunga Plaza masih tak dibukak kepada umum sampai sekarang. Mcdonalds ada buka kejap kat situ tapi tupun dah ditutup. Ada ura-ura nak dijadikan sebagai digital mall tapi tu pun dah senyap sampai sekarang. Lepas tu Paya Bunga Square. Time nak dibukak tu warga Kuala Terengganu cukup excited. Yang sedihnya Paya Bunga Square ini tak macam mall pun. Time buka hari tu kedai2 kecik & banyak yang menjual songket & batik. Lepas tu pulak diumum pembinaan KTCC Mall tak silap saya pada tahun 2013. Sekarang dah tahun 2018, maksudnya dah 5 tahun berlalu namun KTCC Mall masih belum siap. Jangkaan saya ianya akan dibukak mungkin ...

Like FB Maafsebut