China 'Mengamuk' Kerana CFO Syarikat Huawei Ditahan

Penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Sabrina Meng Wanzhou, mengundang kemarahan China.

Menurut laporan Bloomberg sejurus selepas penahanan itu diumum, kedutaan China di Kanada menyatakan protes dan menuntut pembebasan Meng serta memperbetulkan keadaan.


Penahanan beliau dijangka meningkatkan ketegangan Washington dan Beijing, beberapa hari selepas dua gergasi ekonomi itu bersetuju berunding terma baharu dagangan.

Sementara itu Huawei dalam kenyataan berkata bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan percaya sistem keadilan di Kanada dan Amerika Syarikat akan memberikan perbicaraan adil.


“Huawei mematuhi semua undang-undang dan peraturan di mana syarikat beroperasi termasuk kawalan eksport dan undang-undang sekatan oleh Persatuan Bangsa Bersatu (PBB), AS, dan Kesatuan Eropah (EU).” Kata syarikat itu seperti dipetik Bloomberg.

Sumber Astro Awani


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia