Nasi Dagang Terengganu Terbaik Di Dunia !!




Nasi Dagang Terengganu Terbaik Di Dunia !!


Saya kalau berkunjung ke Terengganu takkan miss punya untuk menikmati nasik dagang terengganu. Kalau ada Terengganu tak makan nasik dagang rasa macam tak sah pulak.

Nasik dagang terengganu nih tak sama dengan nasik dagang kelantan kerana nasik dagang kelantan lebih sukar untuk dibuat. Namun saya lebih meminati nasik dagang terengganu kerana ianya kurang muak kalau dibandingkan dengan nasik dagang kelantan.




Kat Terengganu nih banyak kedai yang menjual nasik dagang especially time pagi dimana time warga terengganu prefer makan nasik dagang untuk breakfast. Kena pandai cari kedai mana yang menjual nasik dagang yang sedap. Kalau tak confirm tak puas hati.

Tempat yang saya selalu singgah kalau nak makan nasik dagang adalah di Kampung Atas Tol di Kuala Terengganu.

Setakat ini saya tak jumpa lagi tempat lain yang menjual nasik dagang sesedap kat sini. Kalau nak datang makan kat sini kena datang awal kerana barisan menunggu agak panjang. Saya selalunya akan pegi sekitar pukul 7 pagi. Time tu orang dah ramai tapi barisan tak berapa panjang lagi.


Kuah nasik dagang saya mesti wajib kena ada telur. Takde telur tak sedap. Lepas tu kena ada keropok lekor. Tak sah rasanya kalau takde keropok kalau makan nasik dagang nih.


Saya tengok ramai yang order teh beng yang buih banyak tu. So saya pun orderlah jugak. Takde lah nak kata spesel pun. Air teh beng biase jea, cuma ada buih.


Sekejap jea nasik dagang dah habis. Khusyuk makan sebab sedap. hahaha


Saya sebenarnya curious dari mana agaknya diorang nih gi beli ikan tongkol yang size besar. Saya perhatikan size ikan tongkol yang digunakan untuk nasik dagang nih lebih besar dari yang biasa saya beli kat pasar. Teringin jugak nak beli kalau tahu ada jual kat mana.

By the way, kalau korang rasa ada kedai lain yang offer makanan sedap kat Terengganu yang nak suruh saya cuba, komen kat www.facebook.com/maafsebut


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?