Orang Kelantan Kagum Melihat Keindahan Pesisir Laut Kuala Terengganu




Orang Kelantan Kagum Melihat Keindahan Pesisir Laut Kuala Terengganu


Sebut sahaja Pasar Payang, semua orang kenal. Sebut Pesisir Payang, ramai yang garu kepala. Itu kerana ramai yang tak tahu. Bila diberitahu lokasi sekian sekian baru orang tahu kat mana.

Time shopping kat Pasar Payang last time, saya berkesempatan meninjau Pesisir Payang ini yang boleh dikatakan agak baru. Tak silap saya tahun lepas baru dibukak kepada umum.




Saya ingatkan Pesisir Payang nih kecik jea kawasannya, rupa-rupanya sepanjang pesisir bandaraya adalah Pesisir Payang. So agak penat jugaklah nak menapak dari hujung ke hujung tu.

Tapi rasa penat tu hilang sebab terpesona dengan keindahan dan keromantisan tempat ini. Saya memang suka laut. So melihat matahari terbenam kat pesisir nih semestinya mempersonakan.

Kat bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambik time berada kat sini.











Sesiapa yang berada di Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar kat sini. Inshallah tak menyesal. Kalau yang nak ambik gambar wedding tu, saya rasa kat sini sesuai sebab backgroundnya cantik.

Jom like Facebook Maafsebut




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?