Sedapnye Vietnam Roll & Ayam Korea Di VE Cafe Bachok Nih !!
Sedapnye Vietnam Roll & Ayam Korea Di VE Cafe Bachok Nih
Follow Facebook Maafsebut untuk info terbaik kelantan terengganu pahang dengan klik SINI !!
Suka makan pedas ? Suka makan something lain dari yang lain ? Suka nak mencuba ?
Kalau korang menjawab YA bagi semua apa yang saya tanya kat atas, korang wajib kena gi try makanan kat VE Cafe yang terletak di Gunong, Bachok kat Negeri Kelantan yang dicintai ini.
Ape yang sedap sangat tu kat sini ? Kalau nak tahu kena baca post ini sampai habis yea !!
Antara yang wajib korang order kalau singgah makan kat VE Cafe ini adalah Vietnam Roll atau orang kita panggil popiah vietnam.
Vietnam roll nih dia datang sekali dengan pencicah. Pencicah nih lah yang killer tu. Ambik vietnam roll lepas tu cicah dengan pencicah tu, gigit lepas kuyah slowly, make sure mata kena pejam baru feeling. Confirm peluh akan mula menitis & korang rasa tak cukup dengan 1 kali cicah. Rasa membara dalam mulut tu membuatkan korang nak cicah lagi dan lagi. Tak tipu wehh jadi ketagih. Kami makan sampai 3 pinggan kot !!
Yang kat bawah nih pulak kami tak pernah lagi makan kat mana-mana lagi. Pernah dengar tapi tak pernah makan. So kali nih kami order dan kami cuba ayam korea.
Owner tu bagitau kami ayam korea dia nih unik kerana diperap terlebih dahulu seharian. Tujuan diperap lama tu supaya segala rempah bagai tu meresap masuk kedalam daging ayam. So nanti bila makan baru sedap !!
Betul ke sedap ayam korea nih ? Kami ambik sorang satu & merasainya. Perghhh !! Terbaik sungguhlah ayam korea nih. Rangup diluar dan lembut didalam. Yang paling penting isi ayam masak sepenuhnya baru sedap untuk dimakan.
Yang nih pulak ayam pauh jerik.
Bakpo nama ayam pauh jerik tu ? Sebab kalau makan confirm rasa nak menangis. Sesuai sekali bagi yang suka pedas tapi takleh lawan vietnam roll lah. Vietnam roll lagi pedas.
Yang nasik nih favourite saya. Nasik ayam butter. Kalau sebut butter confirm saya suka. Tak tahu kenapa saya gemar sangat tapi tulah saya berselerasa kalau ada ayam butter.
Yang kat tengah tu ayam butter. Sup tu saya puji sebab it is not plain
Khusyuk sangat makan sebab sedap.
Kat sini ada jugak style meja untuk lepak. So sesuai sekali kalau datang berdua
Kalau korang peminat boat noodle boleh datang cuba makan kat VE Cafe. Air rebusan boat noodle tu sedap. Lepas tu boat noodle nih murah, sekitar RM2 sahaja tapi saya cadangkan korang amik yang size L baru puas hati makan.
Boat noodle tu perlu digandingkan dengan ice mangga nih baru mengancam. Semulut boat noodle, sehirup ice mangga.
Licin habis tuuu. Kalau tak sedap takkan habis sampai macam nih sekali. Korang imagine sendiri kami yang bertiga nih mampu habiskan makanan untuk 5 orang makan. Hebatkan tu !!
Kalau korang teringin nak datang makan kat sini, kat bawah nih ada peta atau boleh search kawa waza atau google maps dengan menaip The V'E Cafe Gunong
Pastikan korang sampai ke cafe yang tepat iaitu The V'E Cafe Gunong seperti gambar dibawah
Follow Facebook The V'E Cafe Gunong dengan klik SINI
Ulasan
Catat Ulasan