Sungai Kelantan & Mistikal Pulau-Pulaunya




Sungai Kelantan & Mistikal Pulau-Pulaunya



Sungai kelantan nih panjangnya dari hulu hingga ke hilir adalah 450KM.

Sungai Kelantan agak unit berbanding sungai-sungai lain di asia tenggara kerana mengalir ke arah utara. Kesemua sungai2 lain di rantau ini mengalir kearah selatan.




Anak sg utama sg Kelantan adalah sg betis, sg galas, sg nenggeri dan sg lebir.

Mungkin ramai tak tahu yang kat Sg Kelantan nih ada banyak pulau contohnya Pulau Teluk Rejuna, Pulau Che Soh dan Pulau Seratus. Saya sendiri pun sebenarnya tak tahu. Agak banyak pulau-pulau kat Sg Kelantan nih melebihi 10 buah pulau.


Tahun lalu saya berpeluang untuk menerokai sungai Kelantan & pulau-pulanya itupun selepas dijemput oleh pihak MIB River Cruise. Kalau tak memang lansung takde peluang untuk saya mengenali lebih lanjut pasal Sungai Kelantan nih.



Saya menaiki bot di Medan Ikan Bakar Kuala Besar. Sampai disatu tempat yang saya tak pasti kat mana tapi ianya sebuah jeti di sebuah pulau, saya & crew MIB River Cruise bertukar bot. Tadi naik bot. Kini naik perahu pulak yang dikemudi oleh seorang pakcik yang pada pendapat saya agak pro dengan laluan yang akan dilusuri nanti.




Bila dah masuk kat area pulau-pulau nih rasa macam pegi ke tempat lain pulak. Kebanyakkan penduduk disini bekerja sebagai nelayan atau apa sahaja yang melibatkan laut dan sungai. Main transport kat sini adalah motor dan perahu/bot. Ini kerana kat atas pulau-pulau ini tiada jalan untuk laluan kereta. Menurut pakcik yang mengemudi perahu nih, penduduk yang memiliki kereta, diorang parking kat tanah besar.







Honestly walaupun tak silap saya lebih 2 jam ambo meluangkan masa explore pulau-pulau kat sungai kelantan nih dengan boat memang rasa tak cukup. Mungkin next time saya boleh cuba sekali lagi.




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?