Tiket Ke Pantai Timur Habis !!
Tiket Ke Pantai Timur Habis !!
Sejak kaunter tiket bas dibuka untuk jualan menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada penghujung Disember lalu, tiket perjalanan ke pantai timur sudah habis dijual.
Apa yang saya baca kat Harian Metro, tinjauan mendapati tiket pada 31 Januari hingga 3 Februari sudah habis membabitkan perjalanan ke Kelantan, Terengganu dan Perak tetapi tiket perjalanan untuk ke selatan masih banyak.
Tiket bas turut dilaporkan dijual pada harga tinggi kerana musim perayaan. Tiket akan kembali pada harga asal akan kembali normal selepas musim perayaan.
Kalau nak balik dengan keretapi KTMB pun takde perjalanan ke pantai timur. Kalau nak balik dengan flight pulak confirm time musim perayaanlah harga tiket akan mahal.
Kesian pulak saya kepada mereka yang nak balik kampung tetapi takde tiket atau tiket dah habis. Saya berharap mereka semua tu dapat pulang ke kampung untuk bertemu mak dan ayah.

Ulasan
Catat Ulasan