Austria ambil tindakan individu hina dan fitnah Nabi Muhammad
Kerajaan Malaysia boleh menjadikan Austria sebagai contoh untuk mengenakan hukuman penjara dan denda terhadap pesalah yang menghina Nabi Muhammad SAW termasuk di laman sosial.
Pada November tahun lalu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) meluluskan keputusan bahawa menghina Nabi Muhammad adalah hukuman yang dihukum dan tidak akan dikira di bawah ‘kebebasan bersuara’.
Langkah itu diambil bagi memelihara kedamaian keagamaan di Austria susulan tindakan seorang wanita, Mrs. S yang didakwa menghina Nabi Muhammad pada 2009 dalam dua seminar yang berbeza.
Hujah panel tujuh hakim ketika berkata, merendahkan atau memfitnah Nabi Muhammad disifatkan melapaui batasan perdebatan objektif dan boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat serta membahayakan keamanan keagamaan.
Perkara itu sekaligus melanggar Perkara-10 yang membenarkan kebebasan bersuara yang mengakibatkan ‘Mrs. S’ didenda 480 Euro.
Sumber:
1. Selangotkini
2. http://www.bhatkallys.com/world/justice-insulting-prophet-mohammed-in-europe-can-land-you-in-jail-court-declares/
Ulasan
Catat Ulasan