Lelaki Kacak Memang Suka Pada Kucing



Pengalamannya menyelamatkan seekor anak kucing yang kelaparan dan kesejukan
di satu kawasan tapak binaan tujuh tahun lalu menjadi titik permulaan seorang jurutera menjadi penggemar kucing.


Mohd Hafizuddin Abdul Rahman, 32, berkata, dia tidak menyangka perasaan sayang dan rindu terhadap haiwan itu timbul selepas dua minggu membelanya
di rumah bujangnya di AU2, Keramat di sini pada 2010.

“Waktu itu, saya seperti tidak mahu berpisah dengan kucing itu tetapi terpaksa akur kerana sudah berjanji dengan adik untuk menyerahkan kepadanya dan sejak itu, saya mula berkunjung ke pameran kucing untuk melepaskan rindu.




“Sejak itu, saya ‘terpikat’ dengan kucing berbulu pendek daripada baka British Short Hair dan mula mengumpul duit sebelum membeli seekor kucing jantan dari Bulgaria pada harga RM8,000.

“Enam bulan selepas itu, saya beli seekor lagi kucing betina dari Belarus pada harga RM5,500 untuk membiakkannya sehinggalah pasangan itu melahirkan tiga anak
pada 2013.

“Setiap bulan, saya memperuntukkan RM700 untuk kos penjagaan haiwan ini dan akan memastikan ia tidak melebihi lima ekor dibela pada satu-satu masa bagi menjaga kualiti dan kesihatannya,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?