Saya Gi Try Sendiri Nasi Ayam Goreng Katok Kecik Paling Sohor Kat Kota Bharu






Kalau saya mention gerai Nasi Kukus Warisan kat Jalan Kebun Sultan (mengadap Dataran Cheng Ho) mesti ramai kenalkan ? Mana tak kenal kerana bermula dari jam 5 petang, pelanggan mulai beratur panjang untuk menikmati juadah nasi kukus yang well known famous popular di Kota Bharu.

Kalau dulu gerai Nasi Kukus Warisan hanya dibukak pada waktu petang hingga malam, kini semenjak menyewa kedai kaler merah dibelakang gerai tu, Nasi Kukus Warisan mulai dibukak bermula awal pagi hinggalah malam.




Saya nak bagitau yang hidangan yang dijual pada waktu siang berbeza dengan yang dijual pada waktu petang yea.


Time siang hari kat sini bersohor dengan nasi ayam goreng yang dipotong halus. Ditambah pulak dengan gulai yang pekat dan kaya dengan rempah ratus beserta sambal yang dibuat dengan resepi rahsia owner, boleh dikatakan makan sebungkus seperti tak cukup !! Lepas tu harganya pun murah. Hanya RM4.50 sahaja !!


Lepas tu pulak kalau datang makan kat sini jangan lupa untuk order ikan masak gulai kuning. Honestly saya bagitau gulai kuning kat sini rasanya lain dari tempat lain. Seolah-olah semuanya cukup dan tepat.


Lepas tu kalau nak order minuman, korang kena try order jus pulak. Owner bagitau saya dia beli pemerah jus yang mahal berharga ribuan ringgit supaya jus yang dihasilkan nanti kaw.


Ingat tu korang semua wajib kena gi try nanti tau. Rugi kalau tak gi try.

Ulasan

  1. Kelantan memang kaya dengan masakan2 dengan nama pelik2. Sesiapa kesini pasti diet ke laut... thanks share tempat2 menarik untuk makan di Kota Bharu.

    p/s: sekarang ini dah ada food delivery/COD lagi mudah konsumer pesan makanan macam2 kan - ikut tempat dikunjungi - semuanya dihujung jari ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?